pekerja selalu dianiayai oleh majikan. kami sebagai pekerja kami tahulah folio kerja kami.kan time interview majikan dah terangkan skop kerja kita macam mana.hurmm tapi ada saja pekerja yang ditindas.tidak semua pekrja makan gaji buta.dan tak semua juga majikan jahat.tengok keadaan juga lah.
teringat kisah aku masa mula-mula kerja kat shah alam nie.cari part time...aku dapat kerja kat Sacc Mall.kerja sebagai pembantu butik,majikan dia orang sarawak.wahh kitaorang berjiran lah.mula-mula interview dia kata gaji basic rm750.ok lah tu sebab aku part time je.sehari kerja tu aku rasa ok lah sebab bos besar tak datang lagi.aku dengan supervisor je.
memang best owh.masuk hari kedua ada kakak yang part time juga.hari kedua ini lah kami kena buli.gosok baju dari pagi sampai malam.penat gile ah..dah lah baju tu kena gosok cepat2,dah cepat tak nak ada kedut2 pulak..perghh memang berapi je rasanya.
masuk hari ketiga,hari yang malang bagi aku.aku dah siap2 mop lantai kedai tue.bos yang asal sarawak tu panggil aku.minta copy ic aku.aku bagi lah.lepas tu boleh pula dia tanya aku mana baju yang harga ratus2 yang aku ambil.memang kurang ajar.aku kerja sebab nak dapatkan duit tapi ini tuduh aku mencuri baju dia.baju apa entah aku pun tak tahu.siap ugut aku nak panggil polis.ingat aku takut.benda aku tak buat memang lah aku takut.
gila siot kena fitnah macam tu sekali.dah bengang aku pun berhenti.sebulan pas tu aku g kedai dia nak amik duit gaji aku yg untuk 3hari.pastu baik hati pula dia dermakan aku baju.ahhh dah tau bukan aku yang curi tahu pula nak minta maaf.tapi paling pelik dia bayar gaji aku sehari 15 ringgit.mula-mula janji 30sehari.
entahlah dapat majikan macam nie memang kena redha je lah. aku dah halalkan dah gaji aku yang dia amik tue. aku tak kisah sangat.tapi jgnlah sampai fitnah orang mencuri baju kau..huhuhu....
now aku dah jadi regular customer dia.hahahahaha.buang yang keruh amik yang jernih.kadang-kadang kita sebagai pekerja ini kena keras sikit.jangan sampai majikan pijak kepala kita.yang paling penting kita tahu kerja kita.~jangan malas~
Situasi kedua..
yang nie aku takkan pernah lupa sampai bila-bila.sapa yang selalu g Plaza Alam Sentral Tingkat Satu Nama butik mayangsari collection.ini bekas majikan aku yang paling penipu pernah aku jumpa.aku kerja sana dengan member aku nama Lina.10 hari dapat gaji rm150.banyak tipu.banyak peraturan.tak boleh makan sebelum pukul 2.00 petang.setiap jam tukar pakaian kat patung.kata ada duit extra rm5.00.tapi bila dapat gaji tak de pun extra duit tu..ishhhh geram je.................selepas aku berhenti ada je staff dia yang berhenti sebab tak tahan...
~kesimpulannya kalau dah tak suka kat tempat kerja kita silalah berhenti.rezeki ada di mana-mana sahaja selagi kita berusaha~
~kalau majikan tak bayar gaji kita,kita kena lah report kat pejabat buruh untuk tindakan.~
No comments:
Post a Comment