Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Salam hari sabtu,salam kebahagiaan n selamat menyambut aidiladha...
Hari ini aku nak berkongsi sesuatu yang aku rasa satu kesilapan untuk lelaki atau perempuan yang inginkan pasangan. Aku bukanlah pakar dalam bidang cinta cantun ini tapi dari pengalaman cerita yang telah aku lalui,aku kongsi untuk sahabat yang sedang bercinta atau telah putus cinta.
Sambil mendengar lagu Fiction & Shadow dari kumpulan Beast, aku menaip karya 10 jari. Pertama aku nak tanya (pada yang baca) apa yang kamu nak dalam percintaan?
1.Untuk melanjutkan ke alam perkahwinan
2. Nafsu semata-mata
3. Cemburu sebab kawan lain ada pasangan
Kebanyakkan orang akan pilih nombor satu,tapi tanya hati sejujurnya betul ke kita nak nombor satu? Kalau betul kamu sedang menipu diri. Rata-rata setiap orang dalam hati dia akan pilih nombor 3. Mungkin bukan semua tapi sebilangan besar. Kalau tak betul tak pe. ini hanya berdasarkan pengalaman sahaja. Tapi bukan pengalaman aku. Sebab aku memang memilih nombor 1. Tapi kesudahan tetap akan putus di tengah jalan mungkin aku ni tak sesuai bercinta sebelum kahwin agaknya.*Gelak dalam hati*
Berdasarkan yang aku tengok lah,dari kisah cinta kawan-kawan aku tak kira lah kawan realiti atau fantasy (sosial netwok) kebanyakkan bila putus cinta tak sampai 2 minggu mesti dapat penganti. Aku betul-betul pelik semurah itu kah cinta kamu? kenapa tak nak jadi seseorang yang sukar untuk dimiliki.Bukan bererti jual mahal tapi jadilah seorang yg limited edition. Cinta yang sejati bukannya cinta untuk seminggu.
Bila aku kaji (buat kajian dalam Facebook aku), kebanyakkan yang senang dapat penganti lah hubungan mereka takkan kekal lama sebab MEREKA bosan tak de pasangan.MEREKA tak boleh hidup tanpa ada pasangan yang bergelar kekasih.MEREKA cemburu bila rakan MEREKA ada pasangan.ini lah penyakit yang perlu di ubati.
Masalah ini senang je tapi kita yang menyusahkan diri. Contoh bila kita putus cinta...tengok senarai yang korang akan buat..
1. Menangis
2. Dengar lagu sedih (dah tahu dah kecewa yang kau dgr lagu sedih memg lah makin sedih)
3.Post kat laman sosial
4.Buat video n then post kat Youtube ( memg kena maki hamun lah,dah tahu orang malaysia nie suka maki hamun yg kau nak buat video tu kenapa?)
5. Tatap gambar bekas kekasih
6. Tak lalu makan,mandi tak basah,tidur tak lena
7.Jumpa Bomoh
Cukup lah 7 ok. Tengok kesilapan yang korang buat? perlu ke buat macam nie? Menyeksakan diri je lah oi. Tiada jodoh nak buat mcm mana lagi kan. Meraung keluar sotong kat mata pun takkan boleh buat masa ini terundur kebelakang.
REDHA lah dengan ketentuan semua ini? kenapa Allah putuskan hubungan kita? Fikir lah kalau kamu Islam, halal ke perhubungan yang kamu lalui ini? kamu bangga ke berpimpin tangan dengan si dia? berapa banyak sidia mencium pipi kamu? berapa banyak kamu duduk tertonggeng kat atas motor sidia? Berapa banyak maksiat yang kamu lakukan?bangga kah kamu berpeluk dengan sidia?
kalau rasa aku (yang menulis ini mengarut) kamu boleh stop baca sampai sini je. Aku buat entry ini sebab aku kesian dengan kawan-kawan aku yang terlalu taksub dengan dunia cinta. kalau kamu yang membaca ini bergelar wanita "jadilah wanita yang sukar untuk didampingi sebelum halal dijadikan isteri". jaga lah maruah kita sebagai wanita.Janganlah senang2 untuk mendapatkan penganti walaupun kamu tu HOT.
Tak malu ke dulu post kat fb bercinta sakan dengan orang lain (perli diri sendiri) pastu bila putus cinta tak sampai seminggu dapat pasangan baru. Mungkin kamu bangga tapi orang yang mengenali kamu apa pandangan MEREKA? ishhh malu lah sikit. Badan tu macam tak de maruah je kan. berkepit dengan lelaki yang baru dikenali.
Apalah nak jadi. Sebab taksub dengan cinta tapi maruh tergadai. Sentiasa berdoa kepada Allah semoga kita mendapat jodoh yang kita inginkan (nak suami orang korea).
Fikir-fikir semuanya datang dari akal fikiran kita. Fikir mana yang halal mana yang haram bukan fikir mana yang betul mana yang salah ok.
Selamat Beramal semua...
Wasalam
No comments:
Post a Comment