assalamualaikum wbt..
Masih kecoh lagi pasal harga minyak naik? bukan tak nak ambil tahu.tapi entah lah,bersyukur je Malaysia masih selamat.betul kan?
Pramugari@ dalam bahasa orang putih Flight Attendant ataupun Cabin Crew? Senang ke keje nie? bagi orang yang tak pernah memang lah nampak best,sebab boleh travel tapi bagi yang dah pernah/tengah berkerja sebagai kabin krew nie. Kerjanya bukan senang mcm yang korang bayangkan.
Aku pernah berkerja sebagai pramugari Airasia since Januari 2011 berapa haribulan tu aku tak ingat . Yang aku ingat selepas seminggu bf aku sambung belajar kat oversea aku terus dapat surat tawaran nie. hahaha. Mula-mula tak sangka juga aku dapat surat dari agen nie. hahaha bukan cantik mana pun aku nie.
surat yang nie lah dari agen Transair kalau tak silap. dapat surat nie je aku terus g interview. time interview tu. jgn ingat aku pakai skirt pendek.seksi sana seksi sini.haha tak denya.sebab aku tak mengharap yang aku akan dapat. yelah aku nie cantik pun tak.time interview tu kat Hotel 3 bintang kat Kota Kinabalu.tak ingat hotel ape sebab dah lame sangat kan. aku just pakai blouse,seluar slack n kasut tak bertumit.
rasenya aku yang paling alim kot time tu,rata2 yang datang semua pkai skirt.huhuhu. sesi pertama interview semua perserta kena lengkapkan borang.borang tu dalam bahasa bi tau.dah lah bi aku nie cukup2 makan.nak gune google translate memang makin broken lah jwbnya. dah siap isi semua,peserta kena panggil sorang2.tapi dalam sesi nie tak perlu cakap bi.cuma perkenalkan diri n latar belakang kerjaya kita.
sesi kedua sebelah petang pulak,time ni berat badan n ketinggian dikira.tak ingat berapa ukuran yang ditetapkan.apa yang pasti aku lepas time tu.aku lebih 2inci.hahha.tak sangka aku tinggi jugak kan.tapi sayangnya aku tak terpilih masa ujian komunikasi sebab aku fail BI.hahah selamat tinggal lah jwbnye.time tu tak sedih mana pun sebab aku tak mengharap pun aku akan dapat. TAPI..ADA TAPI.. agen nie boleh masukkan aku sebab ada lah sedara aku kerja kat dalam nie.
ingat free ke? aku kena bayar rm400.sebab ambil ujian. kira masuk akademik airasia.kalau korang pernah tengok awan dania.lebih kurang macam tu lah.tapi kelas dia tak mencabar sangat. dah settle bayar rm400 untuk agen.masuk lah aku jadi pramugari airasia.
pertama sekali,kena belajar cakap BI.ada kelas,medical checkup untuk mata dan telinga.
untuk jadi pramugari kalau hang rabun n pekak.minta maaf lah confirm kena reject. nasib baik aku tak lagi rabun time tu.telinga pun sound ok.
macam-macam lah kena ajar,contohnya time emergency kita kena teriak EMERGENCY EMERGENCY,SILA TUNDUK DAN IKUT LALUAN PINTU KECEMASAN.lebih kurang mcm nie lah bunyinya.tapi kena buat banyak kali sampai Madam tu puas hati.
antara tanggungjawab cabin crew macam kat LINK nie.tengok sendiri mls nak taip
first flight aku ke filipina.aku dapat yang oversea punya.seminggu aku training ke filipina.tapi flight kota kinabalu ke filipina lah.memang best gler,tugas aku time ni cuma menyediakan makanan untuk passenger n membuat announcement untuk penumpang.tapi cakap orang putih ok.hahha tak delah sampai terbelit2 lidah.sebab ade kertas disediakan.i means teks ucapan.
selepas itu aku kena tukar flight ke medan,indonesia.yang nie paling lama. 3bulan aku kena hantar kat sini. best memang best tapi kepenatan tu adui tak tau nak kata mcm mana.bagi yang dah biasa naik kapal mesti nak cepat sampai kat destinasi.yang nie aku baru rasa yang aku dah ade tanda2 mata aku rabun,telinga aku dah mcm nak pekak2 sikit. ingat penerbangan semua nie terbang 1 kaki dari aras tanah ke? berkaki222222222 tau.semakin tinggi penerbangan tu semakin tekanan udara dalam kapal tu rendah.
lagi satu time nak landing....................perkara aku paling tak suka bukan sebab aku penakut.tapi masa nie lah udara akan terkumpul dalam telinga kita.sakitnya Ya allah tuhan je yang tuhan. pesanan aku,kalau yang first time naik kapal tu sila lah kunyah chewing gum supaya udara tak terkumpul kat telinga. takut korang jadi pekak pulak. n kalau boleh jangan pilih tempat duduk kat belakang dan yang dekat sayap sebab dua tempat nie sangat bising.n kalau time landing memg rasa gegaran yang kuat.
dah 6 bulan aku flight,memang aku dah tak tahan sebab aku tak leh dengar ape passenger nak ckp.bukan tak dengar semua tapi masalah kesakitan yang aku rase nie memang sakit sangat.takkan aku nak kunyah chewing gum memang kena tatatertib lah jwbnye.prestasi memang down gler ,dengan rest yang tak cukup.kalau aku flight sebab pagi tak pe.tapi nie hari2 aku kena flight malam.pastu nak layan pakwe aku yang kat oversea tu memg aku tak cukup rehat.
dalam bulan 9 or 10 mcm tu kot aku resign salah satunya....???. aku kontrak 1 tahun 6 bulan.tapi aku kerja dalam 10bulan lah mcm tue termasuk 3 bulan sebagi guest service. ada lagi 8/9 bulan kan. dalam tempoh nie kalau aku tak masuk kerja pun xpe tapi aku cuma bayar pampasan je sebab langgar kontrak.tapi aku tak bayar pun sebab agen ni masih simpan aku untuk kerja dengan dorang lagi.sebab agen nie pun akan kaut keuntungan dari gaji aku.tapi tak banyak pun dlam 2% sahaja.sebab tu sekrang nie aku masih dapat lagi surat tawaran kerja kat mana2 syarikat penerbangan. ikut agen nie memang senang nak dapat kerja tapi tu lah kena bayar lah kat dorang.
lepas aku minta tukar department lain. aku kena masuk kurus juga tau.ingat senang2 ke? kalau tak silap time nie aku amik kursus ticketing.sebab aku kena ada basic dalam jual beli tiket nie.tapi aku dapat bahagian GS.
3 bulan aku kat bahagian GS/guest service..jaga kaunter..lagi senang dol.kerja bagi boarding pass je kat passenger tapi gaji tak masyuk lah mcam pramugari.lagi satu susah nak dapat cuti hehehheheehehhhhhehehhehheheh.gelak jahat hohohoohoooh.
aku bukan diberhentikan kerja tapi dalam erti kata yang lain aku resign sendiri sebab aku tak leh nak move on dengan situasi mcm nie..!
lagi satu salah satu faktor sebab aku berhenti ialah masalah JET LAG? huh ape tu..mesti korang tak tahu kan......
JET LAG sebuah gangguan sementara yang menyebabkan kelelahan ,insomnia, dan gejalan lain.ini terjadi akibat dari perjalanan yang jauh.maksud aku perjalanan merentasi zon waktu yang cepat.kalau yang tak berapa faham boleh google. bahaya kalau kena JET LAG nie,antaranya boleh mengakibatkan hilang memory,sembelit,sakit kepala yang teramat sgt,apa lagi ek..aku pun dah tak ingat.tapi jet lag nie boleh mengakibatkan kematian......google lah senang k...
tak edit nie original k.. :)
No comments:
Post a Comment