Shadow

Shadow
blog simple....blog peribadi remaja....sisa-sisa kehidupan yang bakal diharungi...

Wednesday, October 30, 2013

When this door closes

Before saying your last farewell to me
Please stop for just a moment and look at me while smiling
Stay for just a bit, you who had given light to me

Even if it’s the end, I don’t want to show you my tears, so you

(While putting on a smile for you) I say thank you, for making these happy memories
(Shining with an awkward smile) I’m sending you away like this but

When this door closes, when the image of you disappears
I’ll probably spend the day in tears, because of the memories with you, I’m left alone
I wish that you’ll be happier
When I let go of this hand now
I’ll no longer have any reason to smile but when I see you smiling
In another’s embrace, I’ll try to smile

At the end of your long relationship with him
Please know that it’ll be me standing there, waiting
Even if you ever get flashes of memories with him
I’ll try to promise that I’ll make you smile even more than those times but you

(If you show me your tears) And say that it’s difficult, because there is only farewell by that person’s side
(While I hold onto your hand with a blank expression) I’m holding onto you like this but

My heart has become weak, before I can be with you again
So that you won’t see me while my tears come out, please don’t look back and just go


~perasaan tengah sedih bila mengingati seseorang yang pernah mencintai aku tapi tiba2 meninggalkan aku kerana seorang wanita yang tidak beragama.... nak menyesal pun tiada guna..

~sukarnya memadam parut di hati ini.. :(

~ semoga satu hari nanti kau akan sedar betapa seksanya di tinggalkan...

~saat itu kau akan rasa dunia kau gelap tanpa soul...

erghhhhh pehal lah aku teringat kat kau nie...tolong lah pergi lah jauh2 dari hati nie...





Monday, October 28, 2013

Zaman dahulu kala

terkekeke aku tgk gambar zaman dulu-2..entah mana akak aku dapat gambar time aku dulu-2...
rindu nak balik zaman budak-budak yang tersangat lah nakal...

kalau lah masa boleh di undur aku nak kembali ke zaman kanak2 aku yg penuh dgn aktiviti sukan...



Atoi & Eting


Ebai..Eting Dan Atoi

geram pulak tengok budak dua ekor nie...
dah lah dulu dajal..
basikal aku selalu jadi mangsa..dah badan tu kecik ada hati nak naik basikal besar..huhuhu

sekarang semua dah besar panjang.... semoga kita menjadi anak yang soleh... AMIN.. :)

aku dulu memang bertudung tapi sejak masuk form 3 aku dah freehair..now start bertudung semula...Alhamdulillah.....





Saturday, October 26, 2013

Guruh dan kilat bertasbih kepada Allah


Pernahkah kita berfikir bagaimana guntur - sebagai salah satu peristiwa atmosfera terhebat yang Allah ciptakan - itu terbentuk? Dan bagaimana pula guntur mampu melepaskan sejumlah tenaga yang demikian besar?

Menurut Harun Yahya, selama hujan, guruh dan kilat yang tersusun dari pembentukan cahaya-cahaya terang akibat pelepasan tenaga elektrik di ruang atmosfera, sesungguhnya merupakan sumber tenaga yang menghasilkan elektrik lebih besar dari pada ribuan penjanaan elektrik-di samping sebagai fenomena iklim.

Inilah kehebatan dan keajaiban kilat dan petir:

* Tenaga yang dikeluarkan oleh sekali kilatan petir lebih besar dari pada tenaga yang dihasilkan seluruh penjanaan elektrik di Amerika Syarikat.

* Satu kilatan petir boleh menyalakan 100 watt lampu selama lebih dari tiga bulan.

* Pada titik sentuh petir ke bumi, cuaca menjadi panas hingga 25.000 darjah Celcius. Kelajuan kilatan petir 150.000 km / detik dan rata-rata ketebalannya 2,5-5 cm.

* Petir menghasilkan molekul nitrogen yang diperlukan bagi tumbuh-tumbuhan di Bumi utuk menyokong kehidupanya.

* Setiap petir rata-rata mempunyai 20,000 amper kuasa. Seorang tukang las hanya menggunakan 250-400 amper untuk mengelas baja.

* Petir bergerak pada kelajuan 150,000 km / saat, hampir setengah kelajuan cahaya dan 100,000 kali lebih cepat dari kelajuan suara.

'' Suara yang dilepaskan oleh satu kilatan lebih besar dari pada cahaya 10 juta bola lampu berdaya 100 watt. Jadi, apabila setiap rumah di Istanbul, Turki menyalakan bola lampu, pancaran cahaya dari satu kilatan petir akan lebih besar,'' ungkap Harun Yahya.

Allah menyatakan fenomena kilat yang menakjubkan ini sebagai berikut "... Kilauan kilatnya hampir membutakan pandangan." (Al-Nur: 43)

Bagaimanakah kilat terbentuk?

Menurut Harun Yahya, hawa-yang dipanaskan oleh cahaya matahari-naik membawa molekul-molekul air yang menguap di dalamnya. Ketika udara yang naik ini mencapai ketinggian 2-3 km, hawa tesebut bersentuhan dengan lapisan udara dingin. Saat kenaikan hawa, kristal-kristal ais yang terbentuk di dalam awan melepaskan tenaga elektrik statik yang terbentuk kerana pergesekan. Tenaga elektrik ini mengandungi unsur positif (+) pada lapisan atas awan dan unsur negatif (-) pada lapisan bawahnya. Ketika awan cukup terisi untuk mengionisasi hawa, maka petir terbentuk.

Mengapa bergemuruh?

Menurut Harun Yahya, petir memanaskan udara di sekitarnya hingga 30.000 darjah celcius dalam sepersejuta saat. Udara yang dipanskan meluas, dan menyebarkan gelombang suara yang lebih cepat dari kelajuan bunyi; dengan tekanan 100 kali lebih besar dari tekanan atmosfera normal. Sama halnya dengan pesawat yang melintas dengan kelajuan suara, ini menyebabkan letupan suara (gemuruh) di udara, sehingga dinamakan gemuruh / guntur.

Mengapa cahaya dan suara guruh tidak bersamaan mencapai bumi?

Harun Yahya mengungkapkan, hal ini kerana suara guntur mencapai pendengaran kita dengan kelajuan suara (340 m / saat di udara), sedangkan petir mencapai visual (penglihatan) kita dengan kelajuan cahaya (99, 793 km / saat). Ini menyebabkan perbezaan masa antara dua peristiwa, dan dengan demikian membuat kilatan (petir) mencapai bumi lebih sebelum guntur.

Apa perbezaan antara kilat dan petir?

Ketika perbezaan muatan listrik menjadi lebih besar antara bumi dan awan, udara menjadi lebih mudah ditembus dari bumi ke awan; pelepasan tenaga elektrik bermula melalui saluran penghantar yang dibentuk oleh udara yang ditembus itu. Pelepasan tenaga elektrik dari awan disebut dengan kilat, dan pelepasan tenaga elektrik dari bumi disebut petir atau sambaran balik.

Kebenaran kilat yang dinyatakan dalam Al-Quran

Guruh atau Guntur ternyata terpilih menjadi nama salah satu surah dalam Al-Quran, iaitu surah al-Rad. Allah memberitahu bahawa guntur dibentuk oleh kilat yang bertasbih memuji-Nya: "Dan guruh bertasbih memuji-Nya (demikian pula) para malaikat kerana takut kepada-Nya ..." (al-Rad: 13)



SUMBER : DETIKISLAM.COM

Friday, October 25, 2013

Kehidupan

~ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA~


 hari ini hari sabtu hari orang bersuka ria. menghabiskan masa bersama keluarga,bersama kekasih,bersama tunang,bersama kawan,bersama skandal tapi aku menghabiskan masa di depan PC. boring.... tapi itulah kerja aku.

i need a rest..! dah lama tak bersukaria...bila agaknya dapat menikmati udara yang segar ini. cemburu pula tengok orang lain dapat menghabiskan masa bersama keluarga. tak pelah kata orang bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

baru nak mengajak seseorang tu nak mendaki bukit broga tapi bila tengok status dia hurm tak jadi nak planning. untunglah orang yang banyak duit boleh enjoy sana sini. tempatnya di shopping mall bukan mendaki bukit.

bagi aku kawan ini bukan untuk kita melepaskan semua masalah kita. kita tak perlukan kawan dalam kehidupan kita. aku dah malas ada kawan. sebab bila kita meluahkan masalah kita dekat insan yang bergelar kawan tak mustahil satu hari nanti dia akan bercerita rahsia kita pada orang lain. aku tak perlukan kawan untuk enjoy,aku tak perlukan kawan untuk meluahkan semua masalah aku.apa yang perlukan hanyalah Allah dan keluarga aku.

bila kita ada masalah luahkanlah pada Allah.Dia lebih memahami kita sebab kita dicipta oleh-NYA.berhati-hati lah bila ada kawan. baik kita tak de kawan daripada ada kawan yang baik di depan kita tapi macam syaitan bila di belakang kita. macam sampah ada kawan macam ini..!

~tutup story pasal kawan~

Next Story

Laki yang handsome,cute,bergaya akan jadi pujaan sang wanita. Siapa taknak ada laki yang badan berketul-ketul,bibir yang seksi,wajah yang cute. Indahnya ciptaan Allah. Itulah yang aku nak..heheh ada suami yang muka cute.walaupun aku ni tak cantik..haha berangan ada laki cute.. :)


LELAKI IDAMAN 

aku nak yang MACHO...! macho giler..! setiap malam aku terbayangkan ada laki macam ni di sebelah aku bila aku bangun pagi....:) tak nak hipokrit aku memang nak laki macho dan kelakar....! 


he name Dujun.......ciri lelaki idaman ada pada wajahnya yang matured......:)










he name GK..ciri lelaki idaman ada pada bibirnya yang seksi dan matanya yang mengancam....walawei...:)







yang terakhir..he name YYS..ciri lelaki idaman terletak pada sikapnya yang kebudak2kan........so sweet...!




dah boring gila aku ni sampai benda-benda mengarut pun aku nak publish...hohoho..hari ini memang hari boring sedunia lah... :).....tak tahu nak taip apa lagi.....kepala mcm nak ting tong...
save.preview and publish...tata.......









Wednesday, October 23, 2013

Pekerja dan majikan

pekerja selalu dianiayai oleh majikan. kami sebagai pekerja kami tahulah folio kerja kami.kan time interview majikan dah terangkan skop kerja kita macam mana.hurmm tapi ada saja pekerja yang ditindas.tidak semua pekrja makan gaji buta.dan tak semua juga majikan jahat.tengok keadaan juga lah.

teringat kisah aku masa mula-mula kerja kat shah alam nie.cari part time...aku dapat kerja kat Sacc Mall.kerja sebagai pembantu butik,majikan dia orang sarawak.wahh kitaorang berjiran lah.mula-mula interview dia kata gaji basic rm750.ok lah tu sebab aku part time je.sehari kerja tu aku rasa ok lah sebab bos besar tak datang lagi.aku dengan supervisor je.

memang best owh.masuk hari kedua ada kakak yang part time juga.hari kedua ini lah kami kena buli.gosok baju dari pagi sampai malam.penat gile ah..dah lah baju tu kena gosok cepat2,dah cepat tak nak ada kedut2 pulak..perghh memang berapi je rasanya.

masuk hari ketiga,hari yang malang bagi aku.aku dah siap2 mop lantai kedai tue.bos yang asal sarawak tu panggil aku.minta copy ic aku.aku bagi lah.lepas tu boleh pula dia tanya aku mana baju yang harga ratus2 yang aku ambil.memang kurang ajar.aku kerja sebab nak dapatkan duit tapi ini tuduh aku mencuri baju dia.baju apa entah aku pun tak tahu.siap ugut aku nak panggil polis.ingat aku takut.benda aku tak buat memang lah aku takut.

gila siot kena fitnah macam tu sekali.dah bengang aku pun berhenti.sebulan pas tu aku g kedai dia nak amik duit gaji aku yg untuk 3hari.pastu baik hati pula dia dermakan aku baju.ahhh dah tau bukan aku yang curi tahu pula nak minta maaf.tapi paling pelik dia bayar gaji aku sehari 15 ringgit.mula-mula janji 30sehari.

entahlah dapat majikan macam nie memang kena redha je lah. aku dah halalkan dah gaji aku yang dia amik tue. aku tak kisah sangat.tapi jgnlah sampai fitnah orang mencuri baju kau..huhuhu....

now aku dah jadi regular customer dia.hahahahaha.buang yang keruh amik yang jernih.kadang-kadang kita sebagai pekerja ini kena keras sikit.jangan sampai majikan pijak kepala kita.yang paling penting kita tahu kerja kita.~jangan malas~

Situasi kedua..

yang nie aku takkan pernah lupa sampai bila-bila.sapa yang selalu g Plaza Alam Sentral Tingkat Satu Nama butik mayangsari collection.ini bekas majikan aku yang paling penipu pernah aku jumpa.aku kerja sana dengan member aku nama Lina.10 hari dapat gaji rm150.banyak tipu.banyak peraturan.tak boleh makan sebelum pukul 2.00 petang.setiap jam tukar pakaian kat patung.kata ada duit extra rm5.00.tapi bila dapat gaji tak de pun extra duit tu..ishhhh geram je.................selepas aku berhenti ada je staff dia yang berhenti sebab tak tahan...

~kesimpulannya kalau dah tak suka kat tempat kerja kita silalah berhenti.rezeki ada di mana-mana sahaja selagi kita berusaha~
~kalau majikan tak bayar gaji kita,kita kena lah report kat pejabat buruh untuk tindakan.~

Sunday, October 20, 2013

Lelaki Alim


gambar sekadar hiasan


LELAKI ALIM

~Bukan jaminan menghalalkan perhubungan~

Memanglah tidak dinafikan, fitrah manusia lebih mempercayai orang yang mempunyai pegangan agama yang kuat daripada yang lemah pegangan agamanya. Ini kerana terkadang agama itu mampu menjadi benteng daripada berlakunya perkara negatif.

Namun perlu diingati. Ia bukan satu jaminan untuk kita menghalalkan segala perhubungan. Berhati-hatilah dengan kata-kata manis bersulam mesej islamik daripada arjuna. Senyuman mesra cinta daripada teruna. Belum tentu baik tutur katanya,maka tiada nafsunya. Belum tentu jernih raut wajahnya, ia bebas daripada sebarang dosa. 

Ingatlah bahawa tatkala berduaan dengan siapa pun dia, syaitan pasti menjadi orang ketiganya. Maka tidak mustahil setinggi mana kopiah, mampu gugur jua akhirnya


~copy n paste dari majalah DARA~ hehehe.....

tengah taip-taip nie automatik otak aku fikir nama pelakon Asraf Muslim.Pelakon yang sering bawa watak ustaz. memang sesuai sekali mamat tu bawa watak ustaz.

sharing is caring

Friday, October 18, 2013

Terhutang budi

Saturday.......

Sebagai manusia kita takkan pernah lari dari terhutang budi dengan seseorang. Aku pun tak suka terhutang budi dengan orang tapi kita ini siapa lah hanya makluk yang lemah. 

ada pantun tentang terhutang budi nie.pantun orang dulu-2..

"pisang emas di bawah belayar,
masak sebiji di atas peti,
hutang emas boleh dibayar,
hutang budi di bawa mati."

kalau kita hutang duit orang,bila habis bayar kau dah tak terhutang budi kat orang tu lagi.
tapi kalau kau terhutang budi kau akan bawa perasaan itu sampai bila-bila.
lagi-lagi kalau orang yang kita terhutang budi tu suka ambil kesempatan
habislah sampai bila-bila kita akan rasa susah hati. "dia pernah tolong kita,so automatik kita akan tolong dia kalau dia memerlukan pertolongan kita". tak tolong nanti dia kita tak mengenang budi.

aku lagi suka konsep bila kita susah Allah akan sediakan someone yang lain untuk tolong kita. hati orang tu tergerak untuk tolong kita bukan orang yang pernah kita minta tolong. Tapi zaman sekarang bila kita tak tolong atas dasar kesibukkan atau tak mampu nak tolong semula,mula lah kita dicop tak mengenang budi.

bukan tiada keinginan untuk tak nak tolong tapi kalau tak berkemampuan aku nak tolong macam mana.janganlah mudah berprasangka buruk pada org yg pernah kita tolong.think positive(+).tolong biarlah ikhlas.tak semestinya bila kau susah aku kena tolong.aku tolong mana yg mampu.
macam mana nak tebus hutang budi nie? tiada cara lain melainkan kita dah tak de kat dunia nie baru lah hutang budi tu akan terhapus. (not sure)

"hari tu aku tolong kau,bila aku susah kau kena tolong aku." orang akan selalu kata macam nie. wajib ke kita tolong balik kalau kita tak berkemampuan nak tolong? aku pun tak de jawapan untuk soalan aku nie.
"hutang budi di bawa mati".itu sudah pasti.!

bagi aku janganlah mengharapkan balasan kalau kita pernah tolong dia. minta dengan allah.inshaallah kalau kita tolong dengan ikhlas,kita akan dapat balasan yang baik. :)

kena lah fikir yang baik-baik. ini tidak kalau tak dapat teman sikit mula lah merungut kat fb. comeon lah. ini bukan kuno. semua orang busy nak mencari rezeki.kalau ada kesempatan. aku dtglah melawat kau.aku tak pernah lupa kawan. :)

~to be bff~

Wednesday, October 16, 2013

Aidiladha & Buffday my lovely sister

birthday my lovely sister ..sedap gile kek nie lagi sedap sebab ada orang sponsor..yummy...


Hamidah Binti Andeng

Happy Birthday yg ke 34... :)

~untung ada orang belikan kek~


Gambar agak sonsang sebab aku malas nak rotate...
~kulit aku agak gelap disitu~

~dengan tekun cik aziemah ini meniup lilin macam lah birthday dia... aku pulak dengan baju polkadot makan ayam sampai tak ingat dunia.dah macam mak budak pulak aku tgk diri aku nie~


~aku memang ada rupa nak jadi mak orang lah...yang mak dia pulak nak jadi anak dara..dah budak ini berat gile...macam beras 20kg..Damia Qaisara kau makan ape lah nie...



~Damia Qaisara dengan *taktahu ape nama benda ni*...pink color pulak tu...dah macam langsir pulak aku tgk...erghhhh~



~damia n abg misai...~


~selekeh giler~ cik azimah pulak tak habis2 ngan  kek nie.~


~jadi mama budak lagi..nampaknya aku lah yang paling hitam diantara semua nie.. :( ~


~seperti tahun2 yang sudah raya haji mesti tak balik kampung sebab cuti hanya 2 hari saja..tahun depan baru balik... pejam celik pejam celik dah pukul 2.20pm..lapar lah pulak. time lunch dah habis... :) lapar siot... jom makan wahai kawan2 fb,blog,twitter,myspace,tagged,tumblr n tango....:) tadaaaa





Happy Anniversary To BEAST

Assalamualaikum... Salam Aidiladha..

~bercuti selama 2 hari,hari ini dah start masuk kerja. oh malasnya nak kerja. bosan..! kalau lah duit ini jatuh dari langit kan bagus. tak payah susahkan diri nak berkerja...*gelak bodoh*

~2 hari juga tak berblog,rindu rasanya aku nak menaip.lalala..sekarang nk balas dendam,nak menaip sampai ke malam.

~Hari ini nak berkongsi pasal mercun..nak update kat facebook confirm macai2 banyak bunyi..
masa raya pertama hari tu bunyi mercun buat aku sakit jantung je..dah la depan rumah.aihh nak marah pun tak boleh.diam je lah. yang peliknya bunyi dari kuarters polis..hurmmm ops cantas mercun last2 mercun tu....aihhh jgn banyak bunyi emma nti tak pasal2 kena *boom*

~tutup cerita pasal mercun,now nak story about k-pop..lalalalala...

Happy Anniversary To beast 4th years on 16/10/2013

Detail Group : b2st/beast

Beast is a six member boy band from South Korea, formed in 2009 by Cube Entertainment. The bands members are Yoon Doo-Joon, Jang Hyun Seung, Yong Jun Hyung, Yang Yo Seob, Lee Gi Kwang, and Son Dong Woo

Album : Hard to Love, How to LoveFiction and FactSo BeastBEAST -JAPAN EDITION-

~aku peminat korea? Yes.. lantak lah macai nak kata apa.masing-masing ada minat tersendiri...:)



HAPPY ANNIVERSARY BEAST/B2ST












~YANG YOSEOB~

~Setiap orang ada minat masing-masing,tidak kira lah minat korea ke,sepanyol ke,indonesia ke,mana-mana je yang bergelar individu janji tidak terlalu memuja sehingga boleh meruntuhkan iman kita. lagi-lagi macai kat fb aku,adui lantak aku lah nak minat korea ke ape ke. sikit-2 nak bangkitkan isu SURGERY? haihhhhh..malas nak mengomel. lagi ok kita minat korea nie daripada buat maksiat sana sini,minum arak. dosa sana sini.huhuhu.. Macai..macai macai....!

~publish~


Monday, October 14, 2013

petua merawat gusi bengkak

Jika gusi anda bengkak/terluka/berdarah ubat paling mujarab adalah berkumur-kumur dengan air garam. Nanti rasa kebas sekejap dan sakit akan hilang sekejap.Lepas itu akan datang semula.

Itulah yang aku rasakan sekarang ini. Gusi aku dah 3 hari bengkak. Semalam kakak aku suruh berkumur-kumur dengan air garam. Hilang memang hilang tapi hari ini sakit semula. Sebelum ini aku makan ubat dari farmasi sebab aku nie kerap kali sakit gusi. tapi tak tahan nak beli ubat tue sebab mahal.hehe

So, sekarang guna kaedah tradisional pula, berkumur dengan air garam dan berkumur-kumur dengan air rebusan sirih. Mudahan lah sakit ini hilang. Sebab aku terpaksa kembungkan pipi untuk mengelakkan gigi aku terkena gusi yang bengkak. Seksa sangat setiap masa macam ini.

pesanan dari saya : jgn malas gosok gigi anda.terima kasih :)

Saturday, October 12, 2013

Melancong ke luar negara

Sunday Evening....

Hari ini aku memerah otak setup little blog aku..Akhirnya dapat juga di renovate..Cincai pun janji siap.Today, aku nak berkongsi/bersharing pasal percutian.(no copy and paste buat masa ini ok)

Untuk yang pertama kali melancong keluar negara apa yang perlu korang lakukan adalah>tengok bawah<

~pilih negara yang korang nak lawati


peta dunia..untuk yang tak pernah tengok peta..huh nie lah dia.

~sudah tahu negara mana yang hendak dilawati korang kena pilih bandar yang ada kat negara yang korang nak kunjungi itu. Contoh Indonesia (pulau bali)

~Seterusnya bahasa yang digunakan. Tidak semua tempat menggunakan bahasa English. Contoh kat korea,dorang lebih agungkan bahasa dorang daripada bahasa english. So kena google lah bandar yang korang lawati itu macam mana.

~Seterusnya VISA. Visa nie bermaksud CLICK kat sini YE..< VISA > 

~Sediakan pasport. Pastikan pasport korang itu hidup ye. tak tamat tempoh.

~Keperluan diri (disyorkan guna pakaian dalam yang pakai buang punya)

~Wang secukupnya (standby tukar matawang asing negara yang korang nak lawati)

~bawa first aid kit (kot2 tercedera ke)

~Tiket kapal terbang

~rancang lah perbelanjaan ye..jangan boros bila membeli belah..jgn bila balik malaysia dah pokai..hahah





Friday, October 11, 2013

Ops Cantas Cinta..!

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera

Salam hari sabtu,salam kebahagiaan n selamat menyambut aidiladha...

Hari ini aku nak berkongsi sesuatu yang aku rasa satu kesilapan untuk lelaki atau perempuan yang inginkan pasangan. Aku bukanlah pakar dalam bidang cinta cantun ini tapi dari pengalaman cerita yang telah aku lalui,aku kongsi untuk sahabat yang sedang bercinta atau telah putus cinta.

Sambil mendengar lagu Fiction & Shadow dari kumpulan Beast, aku menaip karya 10 jari. Pertama  aku nak tanya (pada yang baca) apa yang kamu nak dalam percintaan?

1.Untuk melanjutkan ke alam perkahwinan
2. Nafsu semata-mata
3. Cemburu sebab kawan lain ada pasangan

Kebanyakkan orang akan pilih nombor satu,tapi tanya hati sejujurnya betul ke kita nak nombor satu? Kalau betul kamu sedang menipu diri. Rata-rata setiap orang dalam hati dia akan pilih nombor 3. Mungkin bukan semua tapi sebilangan besar. Kalau tak betul tak pe. ini hanya berdasarkan pengalaman sahaja. Tapi bukan pengalaman aku. Sebab aku memang memilih nombor 1. Tapi kesudahan tetap akan putus di tengah jalan mungkin aku ni tak sesuai bercinta sebelum kahwin agaknya.*Gelak dalam hati*

Berdasarkan yang aku tengok lah,dari kisah cinta kawan-kawan aku tak kira lah kawan realiti atau fantasy (sosial netwok) kebanyakkan bila putus cinta tak sampai 2 minggu mesti dapat penganti. Aku betul-betul pelik semurah itu kah cinta kamu? kenapa tak nak jadi seseorang yang sukar untuk dimiliki.Bukan bererti jual mahal tapi jadilah seorang yg limited edition. Cinta yang sejati bukannya cinta untuk seminggu.

Bila aku kaji (buat kajian dalam Facebook aku), kebanyakkan yang senang dapat penganti lah hubungan mereka takkan kekal lama sebab MEREKA bosan tak de pasangan.MEREKA tak boleh hidup tanpa ada pasangan yang bergelar kekasih.MEREKA cemburu bila rakan MEREKA ada pasangan.ini lah penyakit yang perlu di ubati.

Masalah ini senang je tapi kita yang menyusahkan diri. Contoh bila kita putus cinta...tengok senarai yang korang akan buat..

1. Menangis
2. Dengar lagu sedih (dah tahu dah kecewa yang kau dgr lagu sedih memg lah makin sedih)
3.Post kat laman sosial
4.Buat video n then post kat Youtube ( memg kena maki hamun lah,dah tahu orang malaysia nie suka maki hamun yg kau nak buat video tu kenapa?)
5. Tatap gambar bekas kekasih
6. Tak lalu makan,mandi tak basah,tidur tak lena
7.Jumpa Bomoh


Cukup lah 7 ok. Tengok kesilapan yang korang buat? perlu ke buat macam nie? Menyeksakan diri je lah oi. Tiada jodoh nak buat mcm mana lagi kan. Meraung keluar sotong kat mata pun takkan boleh buat masa ini terundur kebelakang.

REDHA lah dengan ketentuan semua ini? kenapa Allah putuskan hubungan kita? Fikir lah kalau kamu Islam, halal ke perhubungan yang kamu lalui ini? kamu bangga ke berpimpin tangan dengan si dia? berapa banyak sidia mencium pipi kamu? berapa banyak kamu duduk tertonggeng kat atas motor sidia? Berapa banyak maksiat yang kamu lakukan?bangga kah kamu berpeluk dengan sidia?

kalau rasa aku (yang menulis ini mengarut) kamu boleh stop baca sampai sini je. Aku buat entry ini sebab aku kesian dengan kawan-kawan aku yang terlalu taksub dengan dunia cinta. kalau kamu yang membaca ini bergelar wanita "jadilah wanita yang sukar untuk didampingi sebelum halal dijadikan isteri". jaga lah maruah kita sebagai wanita.Janganlah senang2 untuk mendapatkan penganti walaupun kamu tu HOT.

Tak malu ke dulu post kat fb bercinta sakan dengan orang lain (perli diri sendiri) pastu bila putus cinta tak sampai seminggu dapat pasangan baru. Mungkin kamu bangga tapi orang yang mengenali kamu apa pandangan MEREKA? ishhh malu lah sikit. Badan tu macam tak de maruah je kan. berkepit dengan lelaki yang baru dikenali.

Apalah nak jadi. Sebab taksub dengan cinta tapi maruh tergadai. Sentiasa berdoa kepada Allah semoga kita mendapat jodoh yang kita inginkan (nak suami orang korea).

Fikir-fikir semuanya datang dari akal fikiran kita. Fikir mana yang halal mana yang haram bukan fikir mana yang betul mana yang salah ok.

Selamat Beramal semua...

Wasalam

Thursday, October 03, 2013

Putus Cinta

I'm sorry lagu yang aku tengah dengar tatkala aku ditinggalkan kerana orang ketiga. Jahat sekali kamu tinggalkan aku ketika aku memerlukan kamu,dulu kamu inginkan aku ketika aku belum bersedia untuk menjadi kekasih mu. Tapi sekarang tegahnya kau pergi tanpa kerelaan ku.

Dulu kau kata aku lah kekasih mu, kau tak sanggup untuk meninggalkan aku walau sesaat tapi ketika ini kau lukai hati aku ketika kau rasa bangga dengan wanita yang baru kau kenali. Mana janji-janji mu yang dulu. Janji sehidup dan semati dengan ku?

Cepatnya kau berubah,aku menderita diatas kebahagiaan mu.Aku tak sanggup untuk mengganggap mu sebagai teman biasa. Sungguh aku tak mampu melupakan mu.Andai bunga-bunga cinta ini bisa ku padam,mahu saja aku padamkan semua tentang dirimu.

Apa salah aku?
Apa kekurangan aku?
Apa mahu mu?
Apa?
Apa?
Apa?

Pergi saja cinta mu pergi
bilang saja pada semua
biar semua tahu adanya
diriku kini sendiri


Wednesday, October 02, 2013

Betulkah perokok juga ada hak?

Ya! hak untuk mengetahui hakikat sebenar disebalik harga sebatang rokok.

Dengan membayar 50sen untuk sebatang rokok,
anda sebenarnya membelanjakan:

- 24 sen untuk cukai hasil tembakau
- 14 sen untuk keuntungan pengilang rokok
- 5 sen untuk peruncit
- 1 sen untuk keuntungan pemborong/pengedar rokok
- 1 sen untuk dinikmati penanam/pengawit tembakau

NILAI SEBENAR SEBATANG ROKOK HANYALAH 5 SEN


Setiap rokok dihisap,anda sebenarnya
menghadiahkan diri dengan

- 20 kali lebih risiko kanser paru-paru
- 10 kali lebih ancaman penyakit paru-paru
- 10 kali lebih padah saluran darah tersembut
- 4 kali lebih ancaman serangan jantung
- 2 kali lebih risiko serangan strok
- 50% risiko kematian akibat tabiat merokok


PALING UTAMA, anda juga sebenarnya menghadiahkan penderitaan kepada orang yang selama ini menyayangi anda..

berhenti sebelum terlambat

cc: Kementerian Kesihatan Malaysia..


hari nie aku kena pakai satu alat,aku dah lupa apa nama alat.fungsi alat itu untuk mengetahui tahap berapa banyak aku terdedah dengan persekitaran yang ada asap rokok. bagus juga ada alat ni tapi masalahnya bunyi bising alat tu yang tak boleh tahan.aku pakai dari pagi sampai petang tadi.pergi lunch pun aku bawa.nak malu buat ape kan sekurangnya aku tahu tahap kesihatan aku macam. so bagi lelaki & perempuan yang merokok itu berhenti lah merokok.hehehehe...

sharing is caring...

Tuesday, October 01, 2013

Tragedi di oktober

1 oktober 2013..first entry pada bulan ini.yeah dah masuk bulan 10 so maknanya lagi 3 bulan nak masuk 2014.cepatnya masa berlalu kan?pejam celik pejam celik angka usia pun makin meningkat tahun depan usia dah 25tahun. 25tahun? target aku nak kahwin sebenarnya tapi macam tak tercapai..!

kakak aku selalu pesan,kalau nak cari pasangan hidup cari yang betul-betul sayangkan kita bukan kita yang terlalu/teramat sygkan dia. habis itu nak buat macam mana lagi kan? belum ada lagi yang nak meminang. bila tengok kawan-kawan yang dah kahwin hati nie terlalu cemburu.bila agaknya aku dapat naik pelamin.

takkan dalam masa 3 bulan nie aku paksa sidia untuk masuk meminang..ape ke bangangnya aku nie.macam lah kahwin nie perkara mudah. tapi paling penting aku nie dah bersedia ke nak jadi isteri orang? jadi isteri orang bukan untuk sehari tapi untuk selamanya.

bila dah fikir secara mendalam aku kena stabilkan ekonomi aku dulu. aku nak time aku dah kahwin semua impian aku terlaksana.paling penting aku nak bahagiakan ibu bapa aku dulu.

checkout list impian aku before nak kahwin..


nie list yang kedua sebenarnya..tersalah upload gambar..nak buat semula macam malas. aku nak ada toyota caldina gt4. mahal? yes memang mahal pun tapi tiada yang mustahil kat dunia nie. kalau kita berusaha inshaallah akan dapat.


 nie list yang pertama sekali..aku nak renovate rumah aku kat sabah.means rumah family aku.kalau nak jadikan rumah yang cukup selesa untuk mak ayah aku.inshaallah akan tercapai tahun depan.. :)

 kerjaya? aku kena pilih kerjaya..bukannya kerja.kalau pilih kerja mane2 pun boleh dapat kerja.tapi kerjaya nie adalah future kita... so buat masa sekrang aku belum jumpa lagi kerja yang betul2 buat aku ada kerjaya..


this is my future husband..hahahahahahaha...he name yoseop.. :)


p/s : ajal maut ditangan tuhan semoga terlaksana semua impian kita :)