Shadow

Shadow
blog simple....blog peribadi remaja....sisa-sisa kehidupan yang bakal diharungi...

Saturday, August 24, 2013

Undur diri

Dalam hidup ini, tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apalagi bila melibatkan perasaan orang lain.

  • tak perlu terlalu bersedih bila putus hubungan tetapi ucaplah Alhamdulillah kerana dijauhkan daripada orang yang tidak pernah menghargai kita.
Cinta tidak boleh dipaksa. Thats true guys. kalau dia dah ada orang lain.lepaskanlah kita tak rugi apa-apa pun malah kita akan lebih bahagia. Ingatlah kadang-kadang Allah turunkan kilat dan petir,kita menangis mencari matahari tapi Allah akan bagi kita pelangi untuk menyinari hidup kita.

  • kadang-kadang kita terlalu mengharap dengan si dia. Macam-macam impian yang kita buat. Tapi bila semua impian kita hancur kita menyalahkan takdir. aku pernah mengalami situasi sebegini tapi bila fikir sedalamnya. tiada guna kita meratapi benda yang bukan milik kita. sebab kita akan dapat seseorang yang lebih baik dari dia. Believe me..!! 
Benar kata orang cinta itu buta. cinta tak perlukan cahaya matahari untuk menyinari tapi cukup dengan hati. dengan hati lah akan membawa bahagia. Inshaallah pada yang terluka sebab di tinggalkan. Jangan sedih. Undurkanlah diri sebab kita akan lebih bahagia kalau dia tiada disisi kita.

aku pernah mengalami nasib macam nie. Aku ditinggalkan bila aku fikir mungkin dia yang terbaik untuk aku selepas aku ditinggalkan sebelum ni. Tapi...... semua hancur bila aku tahu yang dia sebenarnya ada ramai perempuan lain. mula-mula tak dapat terima kenyataan. tapi lama kelamaan aku fikir yang memang patut aku kena lupakan dia sebab aku hanya seksakan diri je bila bersama dia.sekarang alhamdulillah aku bahagia dengan hidup aku.

Tak rugi apa-apa kalau kita yang mengalah. tapi sebaliknya dia yang akan terluka sebab tinggalkan orang yang betul2 sayangkan dia.percayalah.. :)

jangan takut ditinggalkan..

Assalamualaikum WBT

No comments:

Post a Comment