muka surat ke tiga : dia penipu sebenarnya
penulis : eymma amannda syafiq
original writing 2013
huh bukan main geram lagi aku dengan perangai dia. dia yang beriya-iaya ajak aku keluar sekarang nie dia pulak yang beriya-iya nak lukakan hati aku.
' kenapa tergesa-gesa nak balik,syg tak keluar pun dari kereta lagi.'aku memandang dia terasa tekak aku lapar nak makan mamat nie sekarang juga.
'syg,client by ada masalah dengan laptop dia.dia urgent nak pakai.so b kena balik sekarang juga.next time kita pergi ye.b janji'.
tergamam aku mendengar penjelasan dia,sungguh tak logik.gara-gara client sanggup nak batalkan percutian kami.siapa client ni sebenarnya sampai tak boleh tunggu esok lusa. geram rasanya aku bila diperlakukan sebegini rupa.
sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri,lansung tak memandang kearah Erul.hati aku terlalu sakit.kalau diikutkan hati,nak saja aku terjun dari kereta nie. Erul cuba memegang tangan tapi aku tepis tanda aku protes dengan dia. siapa tak sakit hati kalau macam nie.orang gila pun boleh jadi tak gila kalau dilakukan seperti nie. nampak sangat aku nie dah tak berharga untuk dia.
pakkkkkkkkk aku menghempas pintu kereta Erul.rasanya nak tercabut pintu kereta tu. Erul mengekori aku menuju ke rumah. 'im sorry syg,please lah jgn mcm nie' erul cuba memujuk aku tapi kali nie aku betul-betul dah tak boleh dipujuk. ' sorry naik lorry lah.sampai hati awak kan buat saya mcm nie.sape client tu sampai awak sanggup nak batalkan percutian kita huh? aku cuba mendahan api kemarahan aku.ikutkan hati nak je aku baling kasut tinggi aku nie kat kepala dia. 'syg,dia client penting b.b tak boleh lepas tangan' . 'client ke atau isteri b sampai dia tu penting sangat'.dah lah b,b g lah jumpa client b.bye' pakkkkkkkkk pintu rumah aku hempas dengan kuat.rasanya dengar satu lorong ni.
semalaman aku menangis bila memikirkan semua nie. dia tak call dan tak sms pun pujuk aku.dia yang salah tapi takkan aku yang mengaku salah. aku mencapai telepon bimbit aku,belek-belek tapi tak de mesej masuk.cuma mesej dari membe aku ajak aku g dinner malam nie.huh aku teringat yang aku ada buat Friend Finder kat nombor Erul. kenapa aku tak guna je finder nie. aku taip mesej finder tuk find lokasi Erul. " bangunan amcorp mall,petaling jaya"
dia buat apa kat mall malam2 buta nie.walaupun finder nie tak tepat bagi lokasi tapi aku rasa dia memang kat mall sekarang nie. hati seorang wanita selalu batul. takkan dia tengok wayang malam-malam nie.pelik.! suka hati dia lah apa dia nak buat aku malas nak fikir.
keesokan harinya aku pergi kerja seperti biasa. aku tengok semua staf sibuk kerja masing-masing.senyap je hari nie seperti petanda bersimpati dengan nasib malang aku.hari ini berlalu dengan cepat. selepas habis kerja aku terus menuju ke rumah.tiada lokasi lain yang perlu di singgah. rumah adalah yang terbaik.hari ini aku nak rehat secukup-cukupnya.
makan malam hari ini aku hanya order delivery pizza hut.malas nak memasak.handphone aku berbunyi,ada sms masuk. Erul menghantar sms kat aku meminta maaf dan ajak aku keluar tp aku biarkan saja.api kemarahan aku masih lagi panas membara.ku biarkan saja handphone aku berbunyi. Ya aku tahu erul call aku,rasakanlah.sebelum nie kau sakitkan hati aku.sekarang kau rasa lah apa yang aku rasa.
pukul 12.00 tengah malam aku mendapat sms finder.aku bagi Auto Finder bagi nombor Erul. bukan niat aku nak mengongkong hidup dia tapi sebab perangai dia nie buat aku tak sedap hati.seperti ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan. 'seksyen 9,wisma sunway mas'. ini mcm tempat kerja aku je.dia buat apa malam-malam buta nie kat sini.pelik bin ajaib.takkan dia cari aku kat office malam nie. fikir punya fikir,sebelah office aku tu Hotel 4 bintang.dub dab jantung aku tiba-tiba tak sedap. mana mungkin dia check in malam-malam buat nie.
opocot mak kau.terperanjat aku bila ada sms masuk. Amy ,kwn baik aku menghantar sms "dude,aku nampak Erul kat Hotel Seksyen 9 dengan seorang perempuan"
aku terus memandu kereta ke lokasi yang diberitahu.aku tak sangka sekali dia tergamak buat aku macam nie. patut lah selama nie dia dah banyak berubah. aku dah sampai ke hotel yang diberitahu Amy,aku cuba mencari kereta milik Erul. Ya,memang betul dia ada kat sini. aku tunggu dalam kereta,nak mencari dia dalam hotel memang tak lah sebab aku tak tahu nombor bilik dia. sejam kemudian,aku nampak erul keluar dari hotel berpeluk dengan seorang wanita bertudung. tiba-tiba airmata aku jatuh tanpa aku sedari aku. aku cuba menghantar sms kat dia 'b,kat mana sekarang nie?'. aku melihat dia mengambil handhone dari kocek seluarnya dan aku lihat dia seperti menekan huruf2. dia membalas sms aku 'b kat rumah lah syg.nanti b call syg ye.dah malam b nak tdo'. tak sangka dia tipu aku. tergamak dia buat aku mcm nie.
aku dah tak boleh sabar lagi.aku terus meluru kearah Erul. dia terperanjat beruk bila tahu aku kat situ." owh nie pula kerja kau kan.patut lah kau dah berubah.kau penipu besar.gila.!" aku memang mengamuk malam tu,semua kat hotel tu memandang kearah kami.aku tak peduli apa orang nak cakap.janji aku dah luahkan semuanya malam tu.yang pasti aku dah bagi hadiah paling besar malam tu kat Erul.aku bagi penumbuk ke pipinya. ' syg,please forgive me.dia kwn b je.b tolong hantar dia kat rumah'. rumah kepala otak dia. tak logik sungguh jawapan yang dia bg. malam tu aku ungkapkan kata putus. aku dah pasrah.ini yang terbaik untuk kami.'
sejak kejadian itu Erul tak putus-putus memujuk aku.sampaikan sehari dalam 50kali dia call aku tapi aku malas nak angkat.selama nie dia tak pernah hargai aku.hari ini genap seminggu aku putus dengan Erul.aku tak sangka yang aku nie keras hati juga.
hari ni hari ahad aku tak kemana-mana aku lebih suka menghabiskan masa dirumah. sedang aku menonton tv tiba-tiba ada orang menekan lonceng rumah aku.siapa lah pagi-pagi buta nie datang rumah aku. bila aku buka pintu,erul sedang memegang patung bear.size patung tu hampir sama dengan size badan aku.dah kenapa pula dia nie. 'syg b minta maaf sgt2 kat syg,b janji b takkan buat lagi.' dia melutut di depan aku sambil menghulurkan bunga ros putih tanda dia betul-betul jujur dalam perhubungan ini.kesian pula aku tengok.entahlah kenapa aku tiba-tba merasakan yang aku perlu beri peluang kedua untuk dia. 'b,ok lah syg maafkan b.tp janji lepas nie jangan buat lagi k.' aku mengambil bunga yang dihulurkan erul.wangi sangat.
hari tu erul ajak aku ke KLCC tengok wayang dan belanja aku sepasang baju jersi Manchester United tanda meminta maaf.dia tahu yang aku nie peminat fanatik Kelab Man Utd. hari nie kami menghabiskan masa dari pagi sampai ke petang. satu kl kami pusing.aku rasa bahagia,tak sia-sia aku memberi peluang kedua kepadanya.
dua bulan kemudian hubungan kami berjalan dengan baik.kami dah tak bergaduh.Erul selalu jumpa aku dan memang ada tanda yang dia dah berubah dan cintakan aku.Hari nie 28.10.2012 Erul ajak aku ke rumah saudaranya sebab ada kenduri kahwin. aku malas nak pergi sebenarnya sebab aku tak suka pergi ke tempat yang ramai orang. tp sebab tak nak menghampakan dia aku terpaksa pergi juga.tepat pukul 2.00 petang Erul jemput aku kat rumah.
sampai kat sana aku tengok memang ramai sangat orang. Erul memberikan aku tempat duduk di tempat yang tak ramai orang sebab dia tahu yang aku kurang selesa. 'syg duduk sini,b ambilkan syg minuman k'.aku mengangguk tanda setuju. 5 minit kemudian erul membawa segelas air orange. 'syg nak makan tak'?'.erul bertanya tapi aku hanya menggelengkan kepala sebab aku tak lapar.dia memahami sebab dia tahu aku nie keras kepala.kalau aku cakap macam tu.macam tu lah yang aku nak.erul memberikan aku sling bag miliknya sebab dia nak mengambil makanan. niat di hati hanya nak pegang saja tapi terdetik dihati,apa agaknya yang dia simpan kat dalam beg nie. owhh ada wallet,rokok,handphone BB,Ipad n sapu tangan. aku tak check phone dia sebab aku dah tahu isi kandung sms dia.sebab dia selalu bagi tengok aku n beritahu aku dengan siapa dia berhubung.tanda dia nak aku percaya yang dia tak selingkuh.
secebis kertas tersisip pada cover ipad miliknya. tertulis number phone n nama seorang wanita.AMIRA.
mungkin client dia agaknya.tapi kenapa aku rasa tak sedap hati je. aku menyalin nombor wanita tersebut kedalam handphone aku. tiba-tiba Erul membawa makanan.amboi bukan main lagi dia melantak.aku tak nampak pun nasi,semuanya lauk pauk.nie memang kebulur.'syg nak tak,sedap tau.b yang masak'. yelatu b yang masak.nampak benar tipunya.aku menarik hidung Erul tanda aku tak setuju dengan tipu helahnya.romantikkan main tarik-tarik hidung.hehehehe. Erul menyuapkan aku ayam,tpi aku mengelak sebab aku kenyang tp Erul mengugut menjerit kalau aku tak nak kena suap.nak tak nak aku terpaksa lah mengalah.yelah nanti dia menjerit aku juga yang malu.
sebab sebelum nie pernah berlaku,aku tak nak makan tiba-tiba dia menjerit kat dalam restauran.memang malu juga lah time tu.nak tak nak aku terpaksa lah mengalah. orang sekeliling tengok je Erul menyuapkan aku makanan..
selesai majlis Erul hantar aku rumah dan dia terus balik ke rumah sebab terlalu penat menolong kat tempat orang kahwin tadi.
malam tu Erul menghubungi aku seperti malam sebelum nie.tak benda yang nak di bualkan.cuma bertanya 'tengah buat ape,dah makan belum'.setiap malam yang tu je lah soalan yang dia tanya. selepas erul call aku terdetik hati nak menghubungi nombor yang aku ambil kat sling bag Erul tadi petang. ake menekan nombor milik Amira. ada orang jawab
Aku : assalamualaikum
Amira : waalaikumussalam.siapa nie?
aku terdiam bila amira bertanya kepada aku,siapa aku.
Aku : Yanna. (apa ke bodoh aku letak nama Yanna)
Amira : Yanna yang mana ye? nak pe?
Aku : saya sepupu Erul ( aku saja mengumpan nama erul mesti dia kenal)
Amira : owh erul.awak sepupu dia yang nama Deyana tu ye.
aih dia tahu nama aku? sepupu erul?
Aku : awak kenal sy ke?
Amira : aha,erul selalu juga cete pasal awak kat saya. awak selalu tolong dia.betulkan awak sepupu dia
Aku : ye saya sepupu dia.
apa semua nie semua nie.erul kata aku sepupu dia?bukan ke aku nie awek dia.tiba masa aku kena tanya soalan maut kat budak Amira nie
Aku : awak nie kawan Erul ke?
dud dab aku menanti jawapan dia
Amira : Erul tak ckp kat awak ke? Sy nie gf dia.
Menggeletar tubuh aku bila aku dengar perkataan GF.menitis airmata aku tanpa diundang.aku diduakan lagi sekali.kenapa aku erul?tergamak kau buat aku macam nie?
Aku : oh yeke awek dia lah nie.dah lama ke awak kenal dia?
Amira: baru sebulan.
selama sebulan dia dah curang tapi aku tak tahu.hebat betul permainan kau nie Erul. aku letak phone. aku tak sanggup lagi bersoal jawab dengan budak Amira nie. Aku menghantar sms ke nombor Erul 'terima kasih b buat syg mcm nie'. erul call aku sejurus aku menghantar sms tu.'kenapa syg hantar sms mcm tu?'. Saja lah b,bukan ada maksud lain'.ku tahan suara tangisan ku supaya erul tak perasan yang aku tengah sedih. aku tekan butang off n terus offkan phone sebab aku tak sanggup lagi dengar suara Erul
Malam itu aku menangis. dan aku bernekad aku takkan memberi peluang lagi sekali kepada erul. esok aku kena jumpa erul dan putuskan hubungan kami.
esoknya aku menghantar sms kat Erul yang aku nak jumpa dia kat starbuck seksyen 9 tepat pukul 9.00 malam.seperti dijanjikan aku dtg awal sejam sebab aku perlukan kekuatan untuk bersemuka dengannya. 8.50malam erul datang. aku menjemputnya duduk dan memesan minuman.
Aku : makin comel pula syg tgk b nie.untunglah siapa dapat b kan.
Erul : syg juga yang untungkan.
untung lah sangatkan.kau dah permainkan aku lepas tu kau kata untung.
pesanan kami dah sampai.aku meneguk air yang aku order.
tiba masa aku kena berterus terang. aku tarik nafas sedalam-dalamnya.
Aku :kita putus,syg nak minta putus.syg dah tak boleh bersama b lagi.syg bukan yang terbaik untuk b.ada lagi perempuan yang boleh bahagiakan b.
erul ; apa syg ckpkan nie.
aku : siapa amira? siapa syg dihati b?syg kan sepupu b.b yang cakap mcm tu kat amira kan?
erul tergamam mendengar penjelasan aku.dia tahu rahsia dia dah terbongkar.
aku tak pernah curang dengan kau.aku berikan semua kasih sayang aku untuk kau.aku jaga hati kau tapi kau tak pernah hargai aku malah kau duakan aku. ini lah ayat yang aku bagi kat Erul. airmata aku gugur,suara aku mengeletar.aku sangat2 sedih. lepas aku dah luahkan semuanya aku pergi ke kaunter bayaran dan bayar semua bil pesanan aku tanpa aku menunggu baki duit aku.erul mengejar aku.tapi aku berlari jauh.sampai aku tak sedar yang aku lupa nak ke parking kereta.sekali tengok aku dah hampir ke lampu isyarat.erul terus mengejar aku,aku tak menoleh.aku berlari dah terus berlari sambil menangis. dah mcm cerita hindustan pula. tak disangka hujan lebat pula.macam tau2 je hujan ni yang aku tengah bersedih.
aku terlanggar sesuatu.kedebak aku terjatuh.tapi aku tak rasa sakit.hati aku lagi sakit.aku terduduk dan aku tak larat untuk bangun.hujan pula makin lebat.kereta lalu lalang. aku biarkan saja semua nie.apa orang nak kata,kata lah.aku menangis teresak-esak sambil ditemani hujan. tiba-tiba baju ku di sentuh. 'cik,cik tak ape2 ke?'. aku mendengar suara itu dan jelas sekali tu bukan suara Erul. aku malas nak mendongak.aku terus menangis.pemuda tu memegang bahu ku.dan tangan sebelah kanannya mengangkat dagu ku. dia berkata " cik kenapa menangis nie? cik tak ape2 ke?hujan lebat nie cik?. aku hanya berdiam diri.airmata ku terus mengalir selebat hujan yang turun membasahi aku. pemuda tu memujuk ku lagi " cik mari saya bawa cik kedalam masjid nie. hujan lebat nie cik.nanti cik demam. Aku kat depan masjid rupanya.tak sangka sejauh nie berlari. aku tak dapat bangun sebab pergelangan kaki aku terseliuh sebab jatuh . pemuda itu mendukung aku sampai ke pintu guard masjid tu.ku renung muka pemuda tu.suci bersih seperti ustaz.
kemudian dia memberikan aku jaket miliknya supaya aku tak kesejukkan.hujan masih lagi lebat.
SAYA SYAFIQ...kata pemuda itu..
bersambung esok.... nak makan dulu :) penat nak menaip :)
No comments:
Post a Comment