Shadow

Shadow
blog simple....blog peribadi remaja....sisa-sisa kehidupan yang bakal diharungi...

Saturday, August 31, 2013

Dia penipu sebenarnya part 4

Muka surat keempat : dia penipu sebenarnya
nukilan : eymma amannda syafiq
original writing 2013

syafiq? nama yang bermaksud penyayang atau belas kasihan.patut lah dia sanggup tolong aku yang tengah dilanda masalah nie. siapa dia nie sebenarnya kenapa dia nak tolong aku. orang lain tak pun yang nak berhentikan kereta nak membantu aku. ' awak rasa sejuk lagi ke?' tanya syafiq.aku tak menjawab hanya memejamkan mata dan duduk mencangkung sambil meletakkan tangan ke mulut tanda yang aku benar-benar kesejukkan. 'siapa nama awak? kenapa awak menangis tadi? awak jangan takut saya bukan orang jahat,saya selalu solat isyak kat masjid nie.kalau awak tak percaya awak boleh tanya pak guard tu.dia selalu nampak saya bersolat kat sini'. panjang lebar sungguh dia memperkenalkan diri. aku yakin mesti dia orang yang baik-baik. 'just call me deyana'.tiba-tiba aku terspeaking london pula kat dia nie.hahahaha. bila hujan dah berhenti aku meminta dia untuk menghantar aku ke tempat parking kereta aku. tak tenang pula aku memikirkan kereta aku yang di parking sampai larut malam mcm nie.

Erul? sakit hati aku bila terkenangkan muka lelaki nie. takkan ada peluang kedua untuk kau lagi.dah berjuta-juta kali dia call tapi aku tak angkat mana mungkin aku boleh terima dia kembali. menyesal aku berikan dia peluang kedua.kali kalau nak minta maaf lagi memang aku bagi naik lori.huh geram campur sedih membelenggu diri aku sekarang.yang paling penting sekarang aku kena tidur dan lupakan semua kejadian yang terjadi kat aku 

pagi? aku masuk kerja seperti biasa. semua staf sibuk dengan kerja masing. cuma ada seorang staf nie je yang kaki gosip.apa yang di gosipkannya tu tak tahu lah.setiap hari ada je cerita yang dia nk putarkan mcm Dj radio pun ada juga. syafiq? kenapa tiba-tiba teringatkan budak nie. memang patut aku kena ingat pada dia sebab aku kena pulangkan jaket dia nie. mana lah aku nak cari dia nie,alamat rumah tak da,nombor telepon pun tak de.kusut pula kepala fikir dengan masalah si erul nie lagi yang setiap saat call aku.macam nak hempuk je kepala kat dinding nie. aku pejamkan mata,menarik nafas sedalam-dalamnya kemudian aku hembus perlahan-lahan. alhamdulillah tenang sedikit berbanding sebelum aku sampai ke tempat kerja. 

otak aku bergeliga,kenapa aku tak cuba cari dia di laman sosial.aku pun onkan Laptop kemudian aku sign in facebook. aku taip nama syafiq. banyak sungguh nama syafiq.aku perhatikan satu persatu tapi tiada satu pun yang sepadan. hampir sejam juga aku mencari facebook budak nie.tapi berakhir dengan kegagalan.aku tak jumpa facebook dia.bodohnya aku kenapa aku buang masa mencari dia kat laman sesawang nie,dia kan pernah cakap yang dia selalu solat kat masjid negeri. aihh aku mengaru kepala yang tak gatal.malam nie aku rancang nak solat maghrib kat masjid negeri,kebarangkalian untuk bertemu dia amat tinggi.

selesai solat maghrib dan isyak aku menunggu di luar masjid. aku ternanti-nanti dengan penuh harapan.aku kena pulangkan jaket dia nie. hampir 15minit aku menunggu tapi batang hidung dia aku tak nampak.takkan dia tak solat hari nie kat masjid. atau dia sembahyang kat rumah.pelbagai andaian yang aku buat.'assalamualaikum' seseorang memberi salam.aku menoleh kebelakang,jantung aku berdegub kencang. aku membalas salam yang dihulurkan syafiq. Aku memberikan jaket dia. ' saya dah basuh jaket awak tu siap bubuh minyak wangi lagi'.aku tengah buat lawak ke nie.gila tak bertempat. dia mengucapkan terima kasih dan berlalu meninggalkan aku.kenapa aku tak minta nombor telepon dia.aku rasa aku dah fall in love kat budak nie.wajah dia yang bersih tu macam seorang bayi yang baru lahir kat dunia.aku melihat dia berjalan menuju ke parking kereta.takkan aku nak kejar dia kot.malu lah,aku ni dah lah perempuan.nampak sangat aku nie terhegeh-hegeh.

melepas pula,dia dah meninggalkan perkarangan masjid. tak pe,kalau ada jodoh takkan kemana.aku sejukkan hati yang tengah kecewa. 

Sejak itu aku tak bertemu lagi dengan syafiq.lagipun aku lebih suka solat di rumah saja dengan family aku. solat berjemaah. dah hampir sebulan aku single.Erul pun aku dah lupakan .aku dah tukar nombor telepon sebab aku tak nak di ganggu. tiba-tiba malam ni aku teringat kat syafiq insan yang buat aku tak keruan.siapa agaknya dia nie? dia dah berkahwin ke? sampai sekarang aku masih lagi mengingati lelaki yang membantu aku malam tu.

gol! gol! aku menonton perlawanan bola di antara Manchester United lawan arsenal.perlawanan berkesudahahan Man Utd menang dengan 8 jaringan.manakala Arsenal dengan 2 jaringan. aku menonton bersama rakan sekerja yang lain. dah habis game aku menuju ke kereta kerana hari dah lewat.esok pula kena bangun pagi sebab kerja. 'assalamualaikum'.kunci kereta aku tiba-tiba terjatuh.aku amat mengenali sekali suara ini.insan yang aku cari selama ini.apakah dia yang aku cari selama ini? aku menoleh perlahan-lahan. Ya dia lah yang aku cari selama nie. tak sangka dunia ni begitu kecil aku rasa macam nak peluk je. 'waalaikumussalam' aku menjawab salam yang dihulurkan. 'syafiq,awak ke nie? tk sangka jumpa awak'.aku mcm nak cakap je yang selama nie aku memang tengah mencari dia pun. 'tadi sy macam nak tegur awak tp takut tersalah orang pula.tapi lama-lama tengok baru saya perasan memg awak lah deyana'.awak minat bola juga ye,ingatkan awak tahu menangis je'.amboi kemain lagi dia perli aku.tak sangka sebab kejadian tu buat aku jatuh cinta dengan dia.'mesti lah awak,ini glory2 man utd tau'. 'same lah kita'kata syafiq.ok lah awak saya nak balik dulu ye.' aku nak ckp apa nie takkan aku nak ckp i miss u,i nak number u.tak mungkin,jatuh lah martabat aky sebagai seorang wanita.

melepas lagi.kenapa lah aku lambat bertindak.aku masuk kedalam kereta dengan perasaan yang hampa.mana mungkin aku akan berjumpa dia lagi. Ya allah. tiba-tiba ada orang mengetuk cermin kereta aku. aku menurunkan cermin kereta aku perlahan-lahan. 'ini bisnes kad saya,kalau ada game bola.contact lah saya.kita boleh tengok sama-sama.assalamualaikum'. tergamam,terkentut,tergigit baju,terberak,nak terjun pun ada.tak sangka syafiq bagi bisnes kad kat aku. tak dapat aku ungkapkan betapa gembiranya hati aku. terima kasih Ya Allah. 

malam itu aku tak tunggu lama aku terus menaip message ke nombor syafiq.tak sampai 3saat dia dah bls sms aku.takkan dia menunggu aku contact dia.

aku : bt ape tu?
syafiq : tengah baring.awak pula tengah buat apa tu?
Aku : tengah baring juga. awak dah makan. bla bla bla bla bla.

aku sms dia sampai pukul 5pagi.memang mata panda lah jadinya.nasib baik esok tak kerja.boleh lah aku lambat bangun.subuh tiba-tiba ada orang call aku. siapa lah call subuh-subuh  nie cetus aku sambil meraba-raba mencari handphone.'hello,'.'awak tak solat subuh ke?.aku kenal sgt suara ini.lelaki yang aku cari-cari selama ini tapi kini sudah aku temui.aku tersengih-sengih.'saya nak siap solat nie,saya call awak nanti. aku bersiap-siap untuk solat subuh.

pagi ini aku hanya mengemas rumah dengan family aku yang lain. tiada rancangan untuk keluar.handphone berbunyi,aku cepat-cepat membuka peti masuk.syafiq menghantar sms kat aku . dan paling mengharu birukan aku,dia nak ajak aku keluar malam nie.

menggelabah aku nak cari baju yang aku nak pkai apa.nak pakai seksi tak boleh sebab syafiq nie mcm alim sikit. aku nekad aku nak berbaju kurung saja malam nie.kalau dia ikhlas nak berkawan dengan aku mesti dia takkan malu kalau aku pakai baju kurung.syafiq menjemput aku di rumah pukul 10.00 malam.agak lewat juga dia dia jemput aku.dia meminta maaf pada aku,dia jadi imam malam tu kat masjid. oh patut lah lambat.

syafiq mengajak aku ke restoran seafoood di pinggir kota. ' cantik awak berbaju kurung ' tegur syafiq.aku hanya tersenyum malu.padahal dalam hati kembang kempis dibuatnya.

Syafiq : awak,awak nak makan ape?
Aku : saya tak kisah.awak tolong orderkan boleh?
Syafiq : ok tapi kalau selera saya tak sama dengan selera awak.awak jangan membantah ye.
Aku : tak kisah abang.

tersasul aku tiba-tiba panggil dia abang.memang merah muka aku time tu macam kena blusher.harap-harap dia tak dengar.

Syafiq : awak ingat sape sampai tersasul panggil saya abang.
Aku : tak de apa-apa lah awak.saya cuma teringat abang saya kat rumah.
Syafiq : Abang kandung ke Boyfriend
Aku : ishh tak de lah awak.abang kandung saya lah. saya tak de boyfriend.

pesanan kami dah sampai.memang berselera aku makan.udang gala tu memang makanan kegemaran aku.

selesai membayar bil makanan syafiq mengajak aku ke tepi laut.tempat kami makan tu terletak berdekatan dengan laut. 

Syafiq : awak saya nak tanya awak sesuatu boleh tak?
Aku : awak nak tanya apa? kalau saya tahu,saya jawab lah.
Syafiq : ini berkaitan dengan awak.
Aku : saya? apa yang awak nak tahu pasal saya.
Syafiq : malam tu awak menangis kenapa? dari hari tu lagi kan saya tanya tapi awak tak cakap.

bla bla bla bla.. aku cerita semua benda yang terjadi kat aku pada malam tu.

Syafiq : jom saya bawa awak kat satu tempat.lepas tu saya hantar awak balik rumah.jangan takut.tempat ini dilindungi oleh Allah.

kat mana lah agaknya dia nak bawa aku ni.aku tak takut cuma keinginan untuk tahu kat mana tempat tu.Masjid negeri? dia nak buat apa kat sini.nak kata solat isyak.sekarang dah pukul 12.00 malam.dia mengajak aku keluar.kini aku dan dia betul-betul di hadapan rumah allah.ini lah rumah yang di cakapkan tadi.

Syafiq :awak. saya ada benda nak beritahu awk
Aku : ape dia awak?

syafiq melutut dan kemudian dia menghulurkan sebentuk cincin kat aku. dia nie dah kenapa.aku tak tahu nak kata apa.mulut terkunci,badan seperti batu tak boleh bergerak.

" di depan rumah allah sy melamar awak untuk menjadi yang halal di sisi saya,
walaupun saya belum mengenali hati budi awak,
tapi saya yakin awak yang terbaik untuk saya,
saya nak awak jadi isteri sehidup dan semati saya,
inshaallah sy akan jadi suami serta imam untuk awak dan untuk keluarga kita,
saya harap awak terima saya untuk menjadi ADAM awak,
dan saya yakin awak lah tulang rusuk saya"

airmata aku mengalir dengan deras macam air terjun.tak pernah lagi laki buat mcm nie kat aku. Erul pun tak pernah.apa yang perlu aku lakukan sekarang nie. Ya allah. kalau benar dia jodoh ku,kau permudahkanlah urusan kami. syafiq masih lagi melutut

Aku : awk,awak ikhlas ke nie? awak tak kenal saya lagi.latar belakang saya pun awk tak tahu.saya pun tak tak tahu latar belakang awak.family awak pun saya tak kenal.mcm mana kita boleh kahwin.
Syafiq : bercinta selepas kahwin lagi indah. Sudi tak awak jadi isteri saya di depan Rumah Allah ini?

aku pejamkan mata dan ambil kekuatan. dengan lafaz bismillah " saya terima lamaran awak syafiq"
serta merta aku nampak airmata dia berguguran.kenapa dia menangis?aku pun  turut menangis.mungkin ini adalah jodohku.ada hikmah juga aku ditinggalkan oleh Erul.kini aku dapat pengganti yang lebih baik daripada Erul. Syafiq memberikan aku cincin. sekarang termakbul aku susah bertunang dengan syafiq menurut islam."perempuan yang telah dilamar oleh seseorang lelaki maka dia telah bertunang dengan lelaki itu.dah haram lelaki lain untuk melamar "


selepas dia melamar aku,dua bulan kemudian dia terpaksa ke luar negara untuk menyambung pelajaran. tinggal satu semester lagi untuk dia tamat pengajian. tapi kami telah berjanji akan berkahwin selepas dia tamat pelajaran.sekarang aku dah sah jadi tunang dia.Inshaallah kami akan mendirikan rumah tangga.

lima bulan dia berada di luar negara maknanya ada 7 bulan lagi untuk dia menamatkan pengajian.selama itu juga aku terlalu rindukan dia.beza 6jam waktu di tempat dia dan di malaysia.tapi semua itu tak menghalang untuk kami berhubung.kami berhubung melalui laman sosial,whatapp,wechat dan line. aku tahu dia takkan curang begitu juga dengan aku.kami dah janji sehidup dan semati di depan rumah allah.inshaallah dengan izin dariNYA.

pagi tu aku menerima sepucuk surat. tak de nama pengirim,cuma ada sekeping nota. "AKU TAKKAN BIARKAN KAU BAHAGIA DENGAN SYAFIQ!!!!!".tulisan darah.termuntah aku bila tercium bau darah itu. macam darah haiwan.siapalah agaknya yang rosakkan aku hubungan aku nie.

handphone aku berbunyi nombor tidak dikenali.

KAU DAH TERIMA SURAT AKU?
siapa dia nie? suara perempuan???

bersambung..
nak solat dulu.. :)



Friday, August 30, 2013

mari belajar bahasa sabah..bah..

SUMANDAK : PEREMPUAN

PUNGGUT : AMBIL

BILIK MANDI : KAMAR MANDI

TELUR : TANTALO

PAGARI (BAHASA IRRANUN) : SAUDARA/SAUDARI

DELA (BAHASA BAJAU) : LELAKI

DENDO (BAHASA BAJAU) : PEREMPUAN

TEMBIRANG : BERLAGAK

LIMPAS : LALU

DUPANG : BODOH

WALAI (BAHASA IRRANUN) : RUMAH

SAYA : AKU

KAMU : KAU


# sebenarnya bahasa sabah nie sama saja dengan bahasa semenanjung cuma bahasa sabah ni agak BAKO.contohnya KENAPA,BILA,YA KA, YA, .sebutnya kena "A".kalau semanjung kan jadi KENAPE,BILE,YE KE,YE.

# sabah banyak etnik.so cara percakapan pun lain2.
1. bajau
2.irranun
3.bugis
4.suluk
5.kadazan dusun
6.iya kan (tak tahu lah betul ke tak ejaan nie)
7.dan lain2 lagi.nie yang aku tahu je.hehe.




Thursday, August 29, 2013

setia biar berpada-pada

i akan setia kat u?
u only in my heart.!
i tak boleh kehilangan u.!

nie semua dusta.!haha
bagi yang tengah bercinta cantun tu.
jgn terlalu sayang pasangan anda.!
kalau setakat couple.!
anytime boleh kena tinggal.!

syg berpada-pada lah.!
jgn terlalu syg nanti diri merana.!
biarpun kita couple since sekolah menengah sekalipun
tp kalau ada istilah curang
tetap akan terjadi.!

kata orang dan kata aku juga.!
cinta itu buta.!
tapi manusia lah yg membutakan cinta itu.!


kalau kita dah sekali di curangi.!
lepaskanlah.!
biarkan dia.!
tak perlu bagi peluang kedua,ketiga,keempat.!
itu hanya menyusahkan kita saja.!

Please buka mata,buka minda.!
kita tak rugi ape-2 pun kalau di tinggalkan.!
malah bertuah sebab kita dipisahkan drpd org yang tak pernah menghargai kita.!

Pasti kita akan dapat yang lebih baik dr dia.!
Inshaallah.!
Allah maha penyayang.!

tips kalau kita ditinggalkan.!
hahaha..!
aku pernah try.!
n alhamdulillah sekarang aku cukup berbahagia dengan seseorang.!

memang lah susah untuk melupakan.!
tapi kita kena kuatkan diri.!
think positif.!
kalau nak menangis,menangis lah tapi menangis sekali saja.!
jangan menangis untuk kedua kalinya.!


sebab itu aku kata JANGAN BAGI PELUANG KEDUA.!!!!!



*kalau korang putus dalam handphone.

ape korang cuba lakukan.pertama kalau boleh jangan nangis.! tahan walau seminit. selepas dia letak call kalau korang nak nangis,nangis lah.tapi jgn time korang OTP.biar dia tau yang kita nie kuat.!
kedua,mesti korang terfikir nak kerumah dia kan?OH come on,jangan PERGI!!! ini hanya mengundang tangisan saja.dia pasti takkan kembali dengan kamu.malah akan buat dia makin untuk tinggalkan kamu saja.!so please jgn simpan dalam MIND yang kamu nak kerumah dia.kamu just duduk dalam rumah tidur.Inshaallah hati yang terluka itu akan hilang time kamu dah terlelap.!


*putus di tempat awam.

nie paling best.!kenapa aku kata paling best.!sini lah kamu boleh keluarkan ego kamu,walaupun kamu sebenarnya bukan terlalu ego. If kamu ditinggalkan sebab dia ada orang lain,JANGAN MELENTING.!
kamu senyum dan cakap " saya tak kisah" walaupun sebenarnya kamu memang kisah dan teramat sedih.lepastu kalau dia bercerita panjang lebar sebab apa dia nak putus dengan kamu,kamu dengar tapi jangan sampai bergaduh atau mempertahankan diri(walaupun kamu sedih gler time tu).bila dia dah habis cakap,kamu pula bersuara "terima kasih sebab putus dengan saya,sebab saya pun dah ada orang lain." memang betul kita akan ada orang lain. itu janji Allah,setiap manusia ada pasangan hidup masing-2.inshaallah dengan Izin dr Allah.
lepas dah cakap mcm tu kamu bla lah dari situ,buat apa nak tengok n tunggu dia yang tak pernah hargai kamu.kalau boleh kamu beli coklat dan sekotak tin minuman time tu untuk hilangkan kesedihan.walaupun tak lalu,tp come on paksa diri kamu.sebab coklat boleh menghilangkan kesedihan dan air pula untuk bagi kita tenaga selepas dah down gler mcm tu.hahaha.kalau bleh minum lah 100plus mcm Dato Lee Choong Wei.hohoho.confrm bertenaga.!

bila dah termakbul yang korang dah putus.tindakan seterusnya,kamu kemas semua barang pemberian dia,tak kira lah baju,seluar, tudung, BOXER,pen.bear,selipar or ape2 je yang berkaitan dengan dia. TOLONG SIMPAN DALAM KOTAK atau lebih power lagi kamu bakar je semua barang tu.supaya nanti kamu takkan teringat kat dia.apa guna nak kenang semua tu. buang masa.!time nie kamu kena ego.!kalau kamu ikutkan hati perasaan habislah.!stronger baby.!u can doit!
paling penting,hu nie paling penting.JANGAN BLOCK ATAU UNFRIEND dia d laman sosial seperti fb,twitter,tagged.  biar dia tahu yang kamu nie ego.! sebab kalau kamu yang block,nanti satu saat kamu akan unblock dia kembali bila dah rindu.betul apa aku ckp ne.sebab aku dah kaji benda ne.dah khatam pun.haha.biar dia yang block kita.sebab benda ini akan berlaku kat dia.percaya lah cakap aku.!inshaallah dengan izin dr Allah.
lagi satu.yang nie selalu orang buat.aihh sebenarnya ini lah satu kesilapan besar yang orang lakukan iaitu bertemu dengan orang tua EX kita.jgn lakukan benda nie sebab tak mendatangkan apa-apa keuntungan.silap haribulan korang pula yang dimaki hamun sebab libatkan kisah cinta korang.!STOP jangan mengada2 nak jumpa family dia.

seterusnya bila kamu terkenang kat dia,ambil lah wudhuk,bentangkan sejadah.solat lah minta di tenteramkan jiwa. Berdoa lah kepada Allah. Allah maha mendengar semua doa kita. Inshaallah hati kita akan lebih tenang.!mudah-mudahan.!

Semua nie bukan aku copy dari google tapi semua nie idea aku sendiri dan pernah terjadi kat kehidupan aku. Dan paling penting semua nie aku buat. dan alhamdulillah aku berjaya lupakan. tapi maybe bukan 100% tapi syukur sebab aku dijauhi daripada orang yang tak pernah menghargai kasih sayang aku. sekarang aku lebih bahagia dan ishaallah aku akan mendirikan masjid.tapi bila itu tak pasti.Semuanya dari Allah.kita hanya mampu merancang tuhan yang menentukan segalanya.

kepada yang baru putus cinta dan baru bercinta. ingatkan dia bukan lagi halal di sisi kita melainkan kita dah di ijab kabul. sayang manusia jangan melebihi diri sendiri.menyayangi Allah sudah semestinya.Takbir.!

#selamat mencuba kawan-II


original writing 30.08.2013

Wednesday, August 28, 2013

ciplak

online je..cete pasal filem KL GANGSTER 2 kena ciplak jadi isu...ade sesetengah kata dah tgk.entah boleh percaya or tak.

aku ade tgk gak tp trailer je. ke nie gimik untuk pemasaran filem nie..nie link trailer tu.just click saja.


gempak kan? gua pun tak sabar mau tengok nie lengchai2 mau beraksi..
byk sengat mah..!!

Konvokesyen


konvokesyen 8.5.2010

kenangan terindah.. :)




see kaki dia kat mane lah tu..adoi busuk kot.. suhail oh suhail kau lah yang paling kecoh time nie..ini acara formal..kesian pian jadi mangsa hahahaha...





ni kasut tinggi yang aku pakai time konvo..huhuhu hebat kan..tinggi tu...rase mcm model :)





this is my mom n my dad..datang jauh tu..dari sabah.. :) after konvo busy amik gambar hehe



yang nie cabut angka giliran sebelum masuk dewan konvo :)





cik faed n PUAN yani praktis sebelum masuk dewan konvo..







my kazen..satu kursus...ali sham
untung lah dapat bunga..aku nie bunga pun tak dapat hehe





puan anis (dah kawen n skg tengah mengandung)
yang tengah tu saya..kanan yang putih tu puan yani dah kawen jugak.
yang duduk nie cik sal..
paling tinggi dalam kelas... :)

DILARANG MEMBAWA HANDPHONE,HANDBAG KAT DALAM DEWAN KONVO
TAPI AKU BAWA JE..HAHAH HEBAT KAN! SEBAB TU LEH SNAP PIC DALAM DEWAN..



Cash

tak sedar lagi lah tu? tu lah mulut mcm haram jadah kan sekarang dah terkena batang hidung sendiri.

kenapa tak minta bantuan kat keturunan ^$&^%^&% kau tu?

satu jari kau tunjuk kat aku,lagi 3 jari tunjuk kat mane?

fikir lah sendiri..



now u are..!!


tak pernah aku mendoakan yang tak baik..!

aku mendoakan yang terbaik..

tapi siapa aku untuk mengharapkan yang terbaik..

Allah Maha Adil..

setiap perbuatan ada pembalasan..

bukan aku lancang 

tapi aku hanya MANUSIA

yang 

hanya

mampu

BERDOA..


Tuesday, August 27, 2013

Dia penipu sebenarnya part III

muka surat ke tiga : dia penipu sebenarnya
penulis : eymma amannda syafiq
original writing 2013

'awak kita dah sampai kat Cameron Highland '..ayat pertama yang keluar dari bibirnya. aku memandang keindahan yang ada disitu. wah bahagianya aku rasa.belum pun aku memijak tanah cameron highland tu, Erul masuk semula kedalam kereta dan beritahu aku yang dia kena balik Shah Alam sekarang nie.

huh bukan main geram lagi aku dengan perangai dia. dia yang beriya-iaya ajak aku keluar sekarang nie dia pulak yang beriya-iya nak lukakan hati aku.

' kenapa tergesa-gesa nak balik,syg tak keluar pun dari kereta lagi.'aku memandang dia terasa tekak aku lapar nak makan mamat nie sekarang juga.

'syg,client by ada masalah dengan laptop dia.dia urgent nak pakai.so b kena balik sekarang juga.next time kita pergi ye.b janji'.

 tergamam aku mendengar penjelasan dia,sungguh tak logik.gara-gara client sanggup nak batalkan percutian kami.siapa client ni sebenarnya sampai tak boleh tunggu esok lusa. geram rasanya aku bila diperlakukan sebegini rupa.

sepanjang perjalanan aku hanya berdiam diri,lansung tak memandang kearah Erul.hati aku terlalu sakit.kalau diikutkan hati,nak saja aku terjun dari kereta nie. Erul cuba memegang tangan tapi aku tepis tanda aku protes dengan dia. siapa tak sakit hati kalau macam nie.orang gila pun boleh jadi tak gila kalau dilakukan seperti nie. nampak sangat aku nie dah tak berharga untuk dia.

pakkkkkkkkk aku menghempas pintu kereta Erul.rasanya nak tercabut pintu kereta tu. Erul mengekori aku menuju ke rumah. 'im sorry syg,please lah jgn mcm nie' erul cuba memujuk aku tapi kali nie aku betul-betul dah tak boleh dipujuk. ' sorry naik lorry lah.sampai hati awak kan buat saya mcm nie.sape client tu sampai awak sanggup nak batalkan percutian kita huh? aku cuba mendahan api kemarahan aku.ikutkan hati nak je aku baling kasut tinggi aku nie kat kepala dia. 'syg,dia client penting b.b tak boleh lepas tangan' . 'client ke atau isteri b sampai dia tu penting sangat'.dah lah b,b g lah jumpa client b.bye' pakkkkkkkkk pintu rumah aku hempas dengan kuat.rasanya dengar satu lorong ni.

semalaman aku menangis bila memikirkan semua nie. dia tak call dan tak sms pun pujuk aku.dia yang salah tapi takkan aku yang mengaku salah. aku mencapai telepon bimbit aku,belek-belek tapi tak de mesej masuk.cuma mesej dari membe aku ajak aku g dinner malam nie.huh aku teringat yang aku ada buat Friend Finder kat nombor Erul. kenapa aku tak guna je finder nie. aku taip mesej finder tuk find lokasi Erul. " bangunan amcorp mall,petaling jaya"

dia buat apa kat mall malam2 buta nie.walaupun finder nie tak tepat bagi lokasi tapi aku rasa dia memang kat mall sekarang nie. hati seorang wanita selalu batul. takkan dia tengok wayang malam-malam nie.pelik.! suka hati dia lah apa dia nak buat aku malas nak fikir.

keesokan harinya aku pergi kerja seperti biasa. aku tengok semua staf sibuk kerja masing-masing.senyap je hari nie seperti petanda bersimpati dengan nasib malang aku.hari ini berlalu dengan cepat. selepas habis kerja aku terus menuju ke rumah.tiada lokasi lain yang perlu di singgah. rumah adalah yang terbaik.hari ini aku nak rehat secukup-cukupnya.

makan malam hari ini aku hanya order delivery pizza hut.malas nak memasak.handphone aku berbunyi,ada sms masuk. Erul menghantar sms kat aku meminta maaf dan ajak aku keluar tp aku biarkan saja.api kemarahan aku masih lagi panas membara.ku biarkan saja handphone aku berbunyi. Ya aku tahu erul call aku,rasakanlah.sebelum nie kau sakitkan hati aku.sekarang kau rasa lah apa yang aku rasa.

pukul 12.00 tengah malam aku mendapat sms finder.aku bagi Auto Finder bagi nombor Erul. bukan niat aku nak mengongkong hidup dia tapi sebab perangai dia nie buat aku tak sedap hati.seperti ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan. 'seksyen 9,wisma sunway mas'. ini mcm tempat kerja aku je.dia buat apa malam-malam buta nie kat sini.pelik bin ajaib.takkan dia cari aku kat office malam nie. fikir punya fikir,sebelah office aku tu Hotel 4 bintang.dub dab  jantung aku tiba-tiba tak sedap. mana mungkin dia check in malam-malam buat nie.
opocot mak kau.terperanjat aku bila ada sms masuk. Amy ,kwn baik aku menghantar sms "dude,aku nampak Erul kat Hotel Seksyen 9 dengan seorang perempuan"

aku terus memandu kereta ke lokasi yang diberitahu.aku tak sangka sekali dia tergamak buat aku macam nie. patut lah selama nie dia dah banyak berubah. aku dah sampai ke hotel yang diberitahu Amy,aku cuba mencari kereta milik Erul. Ya,memang betul dia ada kat sini. aku tunggu dalam kereta,nak mencari dia dalam hotel memang tak lah sebab aku tak tahu nombor bilik dia. sejam kemudian,aku nampak erul keluar dari hotel berpeluk dengan seorang wanita bertudung. tiba-tiba airmata aku jatuh tanpa aku sedari aku. aku cuba menghantar sms kat dia 'b,kat mana sekarang nie?'. aku melihat dia mengambil handhone dari kocek seluarnya dan aku lihat dia seperti menekan huruf2. dia membalas sms aku 'b kat rumah lah syg.nanti b call syg ye.dah malam b nak tdo'. tak sangka dia tipu aku. tergamak dia buat aku mcm nie.

aku dah tak boleh sabar lagi.aku terus meluru kearah Erul. dia terperanjat beruk bila tahu aku kat situ." owh nie pula kerja kau kan.patut lah kau dah berubah.kau penipu besar.gila.!" aku memang mengamuk malam tu,semua kat hotel tu memandang kearah kami.aku tak peduli apa orang nak cakap.janji aku dah luahkan semuanya malam tu.yang pasti aku dah bagi hadiah paling besar malam tu kat Erul.aku bagi penumbuk ke pipinya. ' syg,please forgive me.dia kwn b je.b tolong hantar dia kat rumah'. rumah kepala otak dia. tak logik sungguh jawapan yang dia bg. malam tu aku ungkapkan kata putus. aku dah pasrah.ini yang terbaik untuk kami.'

sejak kejadian itu Erul tak putus-putus memujuk aku.sampaikan sehari dalam 50kali dia call aku tapi aku malas nak angkat.selama nie dia tak pernah hargai aku.hari ini genap seminggu aku putus dengan Erul.aku tak sangka yang aku nie keras hati juga.

hari ni hari ahad aku tak kemana-mana aku lebih suka menghabiskan masa dirumah. sedang aku menonton tv tiba-tiba ada orang menekan lonceng rumah aku.siapa lah pagi-pagi buta nie datang rumah aku. bila aku buka pintu,erul sedang memegang patung bear.size patung tu hampir sama dengan size badan aku.dah kenapa pula dia nie. 'syg b minta maaf sgt2 kat syg,b janji b takkan buat lagi.' dia melutut di depan aku sambil menghulurkan bunga ros putih tanda dia betul-betul jujur dalam perhubungan ini.kesian pula aku tengok.entahlah kenapa aku tiba-tba merasakan yang aku perlu beri peluang kedua untuk dia. 'b,ok lah syg maafkan b.tp janji lepas nie jangan buat lagi k.' aku mengambil bunga yang dihulurkan erul.wangi sangat.

hari tu erul ajak aku ke KLCC tengok wayang dan belanja aku sepasang baju jersi Manchester United tanda meminta maaf.dia tahu yang aku nie peminat fanatik Kelab Man Utd. hari nie kami menghabiskan masa dari pagi sampai ke petang. satu kl kami pusing.aku rasa bahagia,tak sia-sia aku memberi peluang kedua kepadanya.

dua bulan kemudian hubungan kami berjalan dengan baik.kami dah tak bergaduh.Erul selalu jumpa aku dan memang ada tanda yang dia dah berubah dan cintakan aku.Hari nie 28.10.2012 Erul ajak aku ke rumah saudaranya sebab ada kenduri kahwin. aku malas nak pergi sebenarnya sebab aku tak suka pergi ke tempat yang ramai orang. tp sebab tak nak menghampakan dia aku terpaksa pergi juga.tepat pukul 2.00 petang Erul jemput aku kat rumah. 

sampai kat sana aku tengok memang ramai sangat orang. Erul memberikan aku tempat duduk di tempat yang tak ramai orang sebab dia tahu yang aku kurang selesa. 'syg duduk sini,b ambilkan syg minuman k'.aku mengangguk tanda setuju. 5 minit kemudian erul membawa segelas air orange. 'syg nak makan tak'?'.erul bertanya tapi aku hanya menggelengkan kepala sebab aku tak lapar.dia memahami sebab dia tahu aku nie keras kepala.kalau aku cakap macam tu.macam tu lah yang aku nak.erul memberikan aku sling bag miliknya sebab dia nak mengambil makanan. niat di hati hanya nak pegang saja tapi terdetik dihati,apa agaknya yang dia simpan kat dalam beg nie. owhh ada wallet,rokok,handphone BB,Ipad n sapu tangan. aku tak check phone dia sebab aku dah tahu isi kandung sms dia.sebab dia selalu bagi tengok aku n beritahu aku dengan siapa dia berhubung.tanda dia nak aku percaya yang dia tak selingkuh.

secebis kertas tersisip pada cover ipad miliknya. tertulis number phone n nama seorang wanita.AMIRA.
mungkin client dia agaknya.tapi kenapa aku rasa tak sedap hati je. aku menyalin nombor wanita tersebut kedalam handphone aku. tiba-tiba Erul membawa makanan.amboi bukan main lagi dia melantak.aku tak nampak pun nasi,semuanya lauk pauk.nie memang kebulur.'syg nak tak,sedap tau.b yang masak'. yelatu b yang masak.nampak benar tipunya.aku menarik hidung Erul tanda aku tak setuju dengan tipu helahnya.romantikkan main tarik-tarik hidung.hehehehe. Erul menyuapkan aku ayam,tpi aku mengelak sebab aku kenyang tp Erul mengugut menjerit kalau aku tak nak kena suap.nak tak nak aku terpaksa lah mengalah.yelah nanti dia menjerit aku juga yang malu.

sebab sebelum nie pernah berlaku,aku tak nak makan tiba-tiba dia menjerit kat dalam restauran.memang malu juga lah time tu.nak tak nak aku terpaksa lah mengalah. orang sekeliling tengok je Erul menyuapkan aku makanan..

selesai majlis Erul hantar aku  rumah dan dia terus balik ke rumah sebab terlalu penat menolong kat tempat orang kahwin tadi.

malam tu Erul menghubungi aku seperti malam sebelum nie.tak benda yang nak di bualkan.cuma bertanya 'tengah buat ape,dah makan belum'.setiap malam yang tu je lah soalan yang dia tanya. selepas erul call aku terdetik hati nak menghubungi nombor yang aku ambil kat sling bag Erul tadi petang. ake menekan nombor milik Amira. ada orang jawab

Aku : assalamualaikum
Amira : waalaikumussalam.siapa nie?

aku terdiam bila amira bertanya kepada aku,siapa aku.

Aku : Yanna. (apa ke bodoh aku letak nama Yanna)
Amira : Yanna yang mana ye? nak pe?
Aku : saya sepupu Erul ( aku saja mengumpan nama erul mesti dia kenal)
Amira : owh erul.awak sepupu dia yang nama Deyana tu ye.
 
aih dia tahu nama aku? sepupu erul?

Aku : awak kenal sy ke?
Amira : aha,erul selalu juga cete pasal awak kat saya. awak selalu tolong dia.betulkan awak sepupu dia
Aku : ye saya sepupu dia.

apa semua nie semua nie.erul kata aku sepupu dia?bukan ke aku nie awek dia.tiba masa aku kena tanya soalan maut kat budak Amira nie

Aku : awak nie kawan Erul ke?

dud dab aku menanti jawapan dia

Amira : Erul tak ckp kat awak ke? Sy nie gf dia.

Menggeletar tubuh aku bila aku dengar perkataan GF.menitis airmata aku tanpa diundang.aku diduakan lagi sekali.kenapa aku erul?tergamak kau buat aku macam nie?

Aku : oh yeke awek dia lah nie.dah lama ke awak kenal dia?
Amira: baru sebulan.

selama sebulan dia dah curang tapi aku tak tahu.hebat betul permainan kau nie Erul. aku letak phone. aku tak sanggup lagi bersoal jawab dengan budak Amira nie. Aku menghantar sms ke nombor Erul 'terima kasih b buat syg mcm nie'. erul call aku sejurus aku menghantar sms tu.'kenapa syg hantar sms mcm tu?'. Saja lah b,bukan ada maksud lain'.ku tahan suara tangisan ku supaya erul tak perasan yang aku tengah sedih. aku tekan butang off n terus offkan phone sebab aku tak sanggup lagi dengar suara Erul

Malam itu aku menangis. dan aku bernekad aku takkan memberi peluang lagi sekali kepada erul. esok aku kena jumpa erul dan putuskan hubungan kami.

esoknya aku menghantar sms kat Erul yang aku nak jumpa dia kat starbuck seksyen 9 tepat pukul 9.00 malam.seperti dijanjikan aku dtg awal sejam sebab aku perlukan kekuatan untuk bersemuka dengannya. 8.50malam erul datang. aku menjemputnya duduk dan memesan minuman.

Aku : makin comel pula syg tgk b nie.untunglah siapa dapat b kan. 
Erul : syg juga yang untungkan.

untung lah sangatkan.kau dah permainkan aku lepas tu kau kata untung.
pesanan kami dah sampai.aku meneguk air yang aku order.

tiba masa aku kena berterus terang. aku tarik nafas sedalam-dalamnya.

Aku :kita putus,syg nak minta putus.syg dah tak boleh bersama b lagi.syg bukan yang terbaik untuk b.ada lagi perempuan yang boleh bahagiakan b.

erul ; apa syg ckpkan nie.

aku : siapa amira? siapa syg dihati b?syg kan sepupu b.b yang cakap mcm tu kat amira kan?

erul tergamam mendengar penjelasan aku.dia tahu rahsia dia dah terbongkar.

aku tak pernah curang dengan kau.aku berikan semua kasih sayang aku untuk kau.aku jaga hati kau tapi kau tak pernah hargai aku malah kau duakan aku. ini lah ayat yang aku bagi kat Erul. airmata aku gugur,suara aku mengeletar.aku sangat2 sedih. lepas aku dah luahkan semuanya aku pergi ke kaunter bayaran dan bayar semua bil pesanan aku tanpa aku menunggu baki duit aku.erul mengejar aku.tapi aku berlari jauh.sampai aku tak sedar yang aku lupa nak ke parking kereta.sekali tengok aku dah hampir ke lampu isyarat.erul terus mengejar aku,aku tak menoleh.aku berlari dah terus berlari sambil menangis. dah mcm cerita hindustan pula. tak disangka hujan lebat pula.macam tau2 je hujan ni yang aku tengah bersedih.

aku terlanggar sesuatu.kedebak aku terjatuh.tapi aku tak rasa sakit.hati aku lagi sakit.aku terduduk dan aku tak larat untuk bangun.hujan pula makin lebat.kereta lalu lalang. aku biarkan saja semua nie.apa orang nak kata,kata lah.aku menangis teresak-esak sambil ditemani hujan. tiba-tiba baju ku di sentuh. 'cik,cik tak ape2 ke?'. aku mendengar suara itu dan  jelas sekali tu bukan suara Erul. aku malas nak mendongak.aku terus menangis.pemuda tu memegang bahu ku.dan tangan sebelah kanannya mengangkat dagu ku. dia berkata " cik kenapa menangis nie? cik tak ape2 ke?hujan lebat nie cik?. aku hanya berdiam diri.airmata ku terus mengalir selebat hujan yang turun membasahi aku. pemuda tu memujuk ku lagi " cik mari saya bawa cik kedalam masjid nie. hujan lebat nie cik.nanti cik demam. Aku kat depan masjid rupanya.tak sangka sejauh nie berlari. aku tak dapat bangun sebab pergelangan kaki aku terseliuh sebab jatuh . pemuda itu mendukung aku sampai ke pintu guard masjid tu.ku renung muka pemuda tu.suci bersih seperti ustaz.

kemudian dia memberikan aku jaket miliknya supaya aku tak kesejukkan.hujan masih lagi lebat.

SAYA SYAFIQ...kata pemuda itu..

bersambung esok.... nak makan dulu :) penat nak menaip :)

kau pernah hadir..kau juga pernah tinggalkan aku..sekarang apakah kau akan tinggalkan aku lagi?

panjang sangat tajuk entry aku kan? inilah yang tersimpan selama nie. tiada seorang pun yang tahu apa yang aku rasakan selama nie. orang cuma tahu aku terluka,bahagia tapi orang tak tahu yang aku menyimpan seribu kerinduan pada seseorang yang selama ini aku cintai.biarpun aku pernah berkasih sayang dengan orang lain selepas dia tinggalkan aku tapi aku tak pernah lupakan dia yang pernah hadir dalam hidup aku.
YES dia lah first love aku.aku masih mendoakan dia setiap kali selesai solat.selama dua tahun terpisah,aku tak pernah lupakan insan yang bernama Muhammad Syafiq Bin Yahya. walaupun hadirmu cuma sebentar tapi aku tetap bahagia. Bahagia yang kau bagi buat aku menderita tapi aku tetap pendam walaupun kadang-kadang aku rasakan dunia nie tak adil sebab dipertemukan dengan kau. Tapi aku tetap bersyukur sebab dengan kehadiran kau baru aku kenal apa itu "JANJI".. janji seperti hutang yang wajib di bayar. dengan janji aku berhijab,dengan janji aku mengenali mu, dengan janji aku mengenali apa itu kasih sayang seorang ibu, dengan janji aku mengenali erti kesabaran. Semua nie aku belajar ketika bersama kau. aku bersyukur tapi kenapa orang selalu menyalahkan aku sebab bersama kau. orang tak rasa apa yang aku rasa ketika bersama kau.Mulut hanya pandai berkata-kata tapi hati siapa yang tahu. meskipun kau pergi tinggalkan aku dan kini hadir semula aku tetap bersyukur kerana doa aku diperkenan oleh yang MAHA ESA.mungkin kau tak tahu betapa aku berharap yang kau hadir semula sebagai IMAM yang halal disisi ku.Halal yang aku inginkan.



bodoh lah aku kalau aku katakan yang aku tak pernah memasang impian untuk bersama kau. sepanjang 2 tahun aku selalu berdoa,akan tiba suatu hari nanti aku dipertemukan dengan kau di depan RUMAH ALLAH sebagai seorang hawa yang halal disisi mu. aku hanya mampu berdoa,selainnya aku hanya berserah kepadaNYA. Andaikata kau bukan jodoh ku,aku tetap akan berdoa dan bersyukur sebab kau ditemukan dengan seseorang yang lebih mencintai mu,mencintai agama mu,mencintai keluarga mu.......aku tetap bersyukur andai itu TAKDIRNYA..

 suatu saat dulu aku rasakan kehadiran kau cuma untuk mempergunakan aku tapi aku tak fikir itu semua kan terjadi sebab setiap perbuatan,setiap kata-kata pasti ada hikmahnya. Ya, dulu aku pernah tersinggung dengan kata-kata kau,aku menangis,aku merana tapi apa yang aku boleh buat selain berdoa. aku pernah berdoa agar kau dipisahkan dari aku.Alhamdulillah kita terpisah selama dua tahun. dalam tempoh 2 tahun juga aku berdoa andai kau insan yang terbaik pernah aku kenal maka temukanlah kami. Alhamdulillah Allah mendengar semua doa aku.Kita bersama kembali walaupun bukan sebagai seorang suami isteri. tapi ini sudah cukup bagi aku.

andai sekalipun kau membenci aku atas keterlanjuran kata,aku berharap kau maafkan aku. aku berharap kita akan kembali bersatu. aku terlalu rindukan saat bersama kau. mana mungkin aku lupakan semua kenangan manis bersama kau.huh kenangan pahit ditahan polis sebab kau lupa bwk roadtax masa sambutan tahun baru 2011.hahah mana mungkin aku lupakan.kelakar tengok muka kau yang mengelabah..kenangan buat pusingan u-turn dari shah alam ke kajang sebab handphone aku tercicir.setiap lorong moto kita perhatikan sebab nak mencari handphone aku.kau baik sebab sabar dengan perangai aku yang banyak songeh. Kenangan menonton cerita OMBAK RINDU,dua-dua bosan tengok cerita romantik.kau banyak kali menguap.aku banyak kali tertidur.sampai sekarang aku tak pernah tengok cerita ombak rindu lagi.sebab akan mengingatkan kepada kisah kita.itu yang pertama dan itu yang terakhir :)

Tapi ada satu kenangan yang mungkin aku tak dapat lupakan,mungkin kau juga tak dapat lupakan. kekangan masa diantara kita,dalam ertikata yang lain perbezaan masa.kau di South Afrika,aku dimalaysia.perbezaan 6jam.huh siapa sanggup bangun 5pagi waktu malaysia,pukul7petang waktu Afrika semata-mata nak lepaskan kerinduan.sepanjang setahun kita bersama. inilah pengorbanan terbesar aku pernah lakukan.dan pengorbanan besar jugak kau pernah lakukan sebab sanggup call aku dari Afrika.aku berterima kasih sangat sebab pernah mengenali kau.......

tapi salah aku sebab terlalu percayakan orang lain sebelum berbincang dengan kau. satu penyesalan yang tak pernah akan aku lupakan sampai bila-bila. semoga kali nie kau hadir sebagai seorang imam yang halal disisi ku dan sebagai seorang ayah untuk anak-anak ku nanti ...AMIN.
semoga dipermudahkan semuanya..INSHAALLAH dengan izin dariNYA...

aku mencintai mu kerana agama mu..
aku mencintai mu sepertimana kau mencintai ibu mu..
aku menghormati mu sepertimana kau menghormati aku..
aku bersyukur kerana kau tak pernah menyentuh aku sepanjang kita berkenalan..
sebab itulah aku tetap mencintai mu hingga kini......
aku berharap kau yang pertama dan terakhir yang akan hadir dalam hidup aku....
semoga suatu saat nanti akan ada cebisan kasih yang halal dari mu..
aku sentiasa menanti.......


nukilan ku : eymma amannda syafiq
27/08/2013

Sihir

Assalamualaikum WBT..

today, nak share tentang sihir. korang bengang tak kalau ada someone tuduh korang nak sihirkan dia. mesti bengang kan. macam tu lah aku,memg aku bengang gler ar..suka hati dia nak tuduh aku nak sihirkan dia. siapa dia yang aku nak sihirkan? hebat ke aku nie sampai nak sihir2 dia.aishhh ilmu sihir pun aku tak tahu nie lagi nak sihir orang..sini aku kongsi jenis2 sihir dan cara nak mengelakkan dari terkena sihir..
harap jadi info berguna...





JENIS-JENIS SIHIR DAN PAGARNYA


Berikut adalah di antara amalan-amalan yang dilakukan
Oleh tukang-tukang sihir atau pengamal ilmu hitam untuk mendekatkan
diri
mereka kepada syaitan-syaitan jin :

1. Mengikat mashaf al Quran di bawah kedua tapak
kakinya (dijadikan selipar) kemudian di bawa masuk berjalan ke dalam tandas.
2. Menulis ayat-ayat al Quran dengan najis,
kotoran atau darah haid di bawah dua belah seliparnya.
3. Menulis ayat-ayat al Fatihah secara terbalik.
4. Bersolat tanpa berwuduk dan kadang-kadang dalam keadaan berjunub.
5. Melakukan penyembelihan semata-mata kerana syaitan dan tidak menyebut nama Allah ketika meyembelihnya dan hasil sembelihan itu diletakkan di tempat-tempat tertentu sebagai persembahan khusus bagi syaitan
6. Melakukan pemujaan terhadap matahari,bulan atau bintang di langit dan mengabdikan diri hanya objek tersebut dan tidak kepada Allah S.W.T.
7. Mengadakan hubungan kelamin dengan ibu kandung atau anak perempuannya sendiri.
8. Melumurkan tahi ke seluruh tubuh dan tidak boleh mencucinya selama beberapa hari atau tempuh tertentu.
9. Memuja kuburan dan memanggil ruh ruh
10. Memuja tengkorak mayat orang mati terbunuh atau kanak kanak


Jenis jenis sihir yang biasa kita lihat dan kesannya


1. Sihir memisahkan atau menceraikan perhubungan diantara dua orang atau lebih.
Jabir r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda :
"Sesungguhnya si iblis akan meletakkan singgahsananya ke atas air, lalu mengutus awak- awaknya (untuk dibawanya berja/an-jalan). Lalu dengan sengaja ia akan menghampiri sesebuah rumahtangga terutama yang menghadapi krisis kritikal. Apahila seseorang lain yang datang dengan berkata: 'Aku telah melakukan begini dan begitu...' (mendamaikan
kedua pasangan suami isteri tersebut,), maka si iblis akan berkata:
'Sebenarnya kamu masih belum melakukan apa-apa'. Kernudian apabi/a ada seseorang
lain yang berkata:'Aku tidak akan /epaskan orang itu melainkan aku akan pisahkan dia dengan islerinya', maka si iblis tadi akan cepat-cepat rnenghampirinya lalu berkata: 'Ya! Engkaulah orang yang bijak' ".

Hadis riwayat Muslim.

Sihir Pemisah adalah satu amalan sihir yang sengaja dilakukan untuk memisahkan di antara dua orang atau lebih samaada antara suami isteri, rakan taulan, rakan kongsi dan sebagainya..
Kesan sihir

1. Berubahnya sesuatu keadaan tertentu secara
serta merta seperti rasa kasih sayang kepada kemarahan dan kebencian.
2. Timbul perasaan syak wasangka di antara kedua belah pihak secara tiba tiba
3. Tiada perasaan timbang rasa.
4. Memperbesar-besarkan isu pertikaian walaupun pertikaian yang berlaku hanya meliputi perkara kecil sahaja.
5. Berlaku perubahan pada penglihatan sebenar rupa bentuk tubuh di antara kedua-dua suami isteri.

Contoh :
suami mendapati rupa paras isterinya sangat hodoh walaupun isterinya seorang yang cantik jelita. Begitu juga sebaliknya. Syaitan telah menukarkan wajah yang cantik kepada wajah yang buruk melalui sihir.Isteri pula pada pandangan matanya melihat wajah suaminya sangat menakutkan atau buruk.

6. Mangsa berasa bosan terhadap aktiviti aktiviti
harian yang dilakukan serta tempat tinggal sendiri. Mangsa akan berasa
senang hati dan gembira jika berada di luar rumah..

Dalam Kitab Tasir Ibnu Kathir (1/144), Al Haafiz ibnu Kathir rahimahullah pernah berpendapat:
1. Tujuan berlakunya sihir bentuk pemisahan ini terhadap pasangan suami isteri ialah untuk memukau mereka agar pandangan mata masing-masing mendapati rupa paras atau sifat kejadian yang dilihat sangat hodoh atau apa-apa sebab lain yang boleh bertindak memecahbelahkan mereka."

2. Sihir pengasih atau sihir kasih 
Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya: "Sesungguhnya jampi serapah, tangkal azimat serta sihir
ilmu pengasih adalah syirik".
Riwayat Imam Ahmad, Abu Daud, lbnu Majah dan al Haakim. Hadis sahih, lihat Sahih
al Albaaniy hadis nombor 331.

Dalam kitab an Nihaayah (1/200), Ibnu al Athiir rahimahullah telah berkata:
"At Tiwaalah ialah sejenis ilmu sihir yang dikenakan supaya bertambah tambah kecintaan si isteri kepada si suami atau sebaliknya. Ia termasuk di dalam perkara- perkara syirik kerana kepercayaan seseorang hanya tertumpu bahawa ia sahajalah yang mampu bertindak balas
terhadap sesuatu yang dihajatkan.
Perbuatan itu betul-betul bertentangan dengan qadar Allah S.WT."

Bentuk jampi serapah yang dimaksudkan di dalam hadis di atas adalah jampi serapah yang mengandungi unsur-unsur perkhidmatan jin, syaitan dan seumpamanya. Ia adalah bentuk-bentuk syirik . Jampi jampi yang menggunakan ayat-ayat al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang disyaratkan, maka ia harus digunakan menurut majoriti (ijmak) ulamak.

Terdapat di dalam Sahih Muslim bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: Tidak mengapa melakukan jampi serapah selagi
mana tidak bercampur dengan unsur-unsur syirik". Riwayat Muslim.

Kesan sihir
1. Bertambahnya rasa kecintaan dan kasih sayang secara mendadak.
2. Keinginan yang memuncak untuk melakukan persetubuhan.
3. Selalu sahaja pelahap, tidak sabar-sabar dan tidak tahan untuk menikmati persetubuhan.
4. Mengikut sahaja apa-apa sahaja pandangan dan
permintaan pasangannya.
5. Suami mentaati perintah si isteri dengan membuta tuli.


3. Sihir Pukauan
Adalah dari jenis sihir yang mampu mengubah pandangan mata seseorang.
Contoh :
1. Sesuatu objek yang asalnya tetap, tetapi tiba-tiba sahaja ianya bergerak-gerak.
2. Sesuatu objek yang asalnya kecil, tiba-tiba bertukar menjadi besar.
3. Diperlihatkan sesuatu yang bukan hakikatnya yang sebenar,contohnya orang ramai di zaman Nabi Musa melihat tali dan tongkat bertukar menjadi ular yang bergerak-gerak.

Tukang sihir akan mempamirkan kepada orang ramai sesuatu benda yang dan dia akan memulakan bacaan mentera, jampi serapah atau apa-apa lagi bacaan syirik bertujuan memanggil syaitan-

4. Sihir Gila
Kharijah bin as Sulti telah meriwayatkan sebuah hadis
dan katanya:
Aku telah pergi menemui Rasulullah S.A.W., untuk
memeluk agama Islam.Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan aku
telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya berkata:
"Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa sahahat kamu ini telah datang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk merawat si malang ini ?"
Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al Faatihah.
Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing.
Aku kemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku.
Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:
"Adakah kau (telah menambah dengan apa-apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?"
"Tidak!" Jawabku.
Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda:
Ertinya: "Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar)".

Kesan sihir

1. Mangsa menjadi sasau, kebingungan, pelupa dan kadang-kadang tidak sedarkan diri
2. Mangsa selalu meracau-racau dan menjerit jerit
3. Mata mangsa selalu terbeliak dan melilau-lilau.
4. Mangsa tidak tetap kedudukannya di satu-satu tempat.
5. Kerja-kerja yang dilakukan selalu sahaja terbantut atau tidak lengkap.
6. Tidak mengambil berat terhadap satu-satu pandangan penting.
7. Diperingkat yang kritikal, kadang-kadang dia berjalan-jalan dengan tidak diketahui kemana arah tuju dan kadang- kadang tidur ditempat yang terasing.
5. Sihir menyendiri atau keseorangan

Kesan sihir
1. Suka menyendiri (tidak suka di ganggu)
2. Tidak suka melibatkan diri di dalam pergaulan.
3. Bersifat pendiam dan tidak suka berbual.
4. Benci melibatkan diri dalam hal hal kemasyarakatan.
5. Fikiran selalu tidak menentu dan tidak tentu arah.
6. Sentiasa mengalami pening-pening kepala.
7. Selalu mengasingkan diri sendiri.

Tukang sihir akan mengutus seekor jin kepada orang yang disihirnya. Jin itu masuk ke dalam tubuh mangsa dan menggangu di bahagian tak mangsa.Kelakuan mangsa akan mula berubah menjadi seorang yang suka mengasingkan diri.

6. Sihir Histeria
Kesan sihir
1. Mengalami mimpi-mimpi yang mengerikan.
2. Sering bermimpi di dalam tidumya dan ada suara yang selalu memanggil-manggil namanya.
3. Dalam keadaan jaga, kedengaran suara-suara yang bercakap dengannya tetapi orang yang bercakap tidak kelihatan.
4. Mengalami perasaan was-was.
5. Banyak timbul perasaan syak terhadap rakan dan orang orang yang dikasihi.
6. Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang amat tinggi dan rasa gayat.
7. Selalu bermimpi binatang-binatang buas datang menerkam dirinya.
8. Pesakit akan ketakutan,meracau racau dan menjerit jerit.

Tukang sihir akan menyuruh jin supaya menggangu mangsa ketika di dalam tidur dan ketika jaga.Jin akan mengacau mimpi mangsa dengan menjelmakan diri sebagai haiwan -haiwan ganas datang menerkam. Dalam keadaan jaga pula, jin akan menyeru atau memanggil manggil mangsa
dengan menggunakan suara-suara orang yang dikenali manga atau tidak
dikenali.
Kemudian suara tersebut beransur-ansur berubah dan hanya kedengaran sayup-sayup sahaja.

7. Sihir Penderitaan sakit
kesan sihir
1. Mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan.
2. Kerapkali diserang penyakit sawan.
3. Mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh badan.
4. Mengalami kelumpuhan keseluruhan anggota badan.
5. Lumpuh semangat dalam melakukan sebarang aktiviti.

Tanda tanda penyakit ini hampir sama dengan penyakit-penyakit anggota badan yang lain. Untuk membezakan di antara keduanya, selepas dibacakan jampi ke atas mangsa atau ketika ayat-ayat jampi diperdengarkan, sekiranya tubuh mangsa mula bertukar menjadi
kebas-kebas, seram sejuk,pening-pening kepala, jejari terketar-ketar atau tubuhnya berubah menjadi pucat lesi, maka sahlah si mangsa terkena sihir. Jika tidak ada gejala-gejala sedemikian sakit-sakit badan yang dialami ialah sakit biasa yang memerlukan rawatan pakar-pakar perubatan lain atau doktor.

8. Sihir Pendarahan (Istihaadah)
Kesan sihir;
Sihir berlaku kepada gulongan wanita sahaja. Tukang
sihir menyuruh khadam jinnya pergi kepada perempuan yang hendak di
sihirnya.Jin bertugas menolak keluar darah dari badan mangsa. Sebaik sahaja jin itu masuk ke dalam jasad mangsa, ia akan bergerak pantas di segenap penjuru jasad melalui saluran -saluran (urat-urat) darah.

Apabila sampai ke saluran darah di bahagian penting wanita yang dikenali sebagai faraj (rahim), jin terus menolak keluar darah dengan sekuat -kuatnya. Darah terus mengalir keluar melalui saluran-saluran darah dan bahagian penting tersebut tidak henti henti.

Rasulullah S.A.W. pernah di tanya oleh seorang wamta yang bemama Hamnah binti Jahsy berhubung darah Istihadah, lalu baginda S.A.W. pun menjawab:
"Sesungguhnya darah itu adalah hasil tolakan dari tolakan-tolakan yang dilakukan oleh syaitan"
Riwayat al Tarmiziy, menurutnya hadis ini hasan sahih.Menurut al Bukhan hadis ini martabatnya hasan.

Dalam satu riwayat yang lain pula ada menyebut, bahawa Rasulullah S.A.W. telah bersabda:
"Darah itu sebenarnya (darah) urat bukannya darah haid"
Riwayat Imam Abmad, an Nasaaie dengan sanad yang baik.

Ulamak-ulamak feqah menamakan darah tersebut sebagai darah istihaadah. Para doktor menamakannya sebagai pendarahan.

Dalam an Nihaayah (m/s:469),Ibnu Al Athir telah berkata:

"Darah istihadah ialah darah yang keluar secara berterusan dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana kebiasaannya."
Kadang-kadang penyakit pendarahan ini berlaku selama lebih kurang sebulan. Kadar darah yang keluar tidak menentu, adakalanya sedikit dan adakalanya pula banyak.

9. Sihir gagal perkahwinan
Kesan sihir
Seseorang yang mempunyai sifat dengki akan pergi meminta khidmat tukang-tukang sihir supaya menggagalkan atau mengganggu perkahwinan gadis tertentu, yang bakal berlangsung
perkahwinannya. Sebelum memulakan sihir, tukang sihir akan meminta orang yang mendengki tersebut nama mangsa dan nama ibunya serta apa-apa kesan bau dari tubuh badan mangsa.Jin disuruh pergi kepada mangsa untuk melakukan pengkhianatan.

Jin menunggu satu masa yang sesuai untuk membolos masuk ke dalam jasad mangsa.
Keadaan masa yang dimaksudkan adalah

a)Ketika mangsa di dalam ketakutan.
b)Ketika mangsa kemarahan.
c)Ketika mangsa lupa.
d)Ketika nafsu syahwat si mangsa memuncak tinggi.

Terdapat dua keadaan yang akan dilakukan oleh jin:
1. Jika berjaya masuk ke dalam jasad wanita, dia akan menjadikan wanita itu merasa jemu dan benci untuk berkahwin dan segala pinangan yang datang ditolak.
2. Jika tidak berjaya masuk ke dalam jasad, jin melakukan sihir pukauan. Ia akan memukau pandangan mata seseorang lelaki sehingga menyebabkan perempuan yang dilihatnya
berwajah hodoh dan timbul rasa was-was terhadap apa yang sedang 
dilihat.Perkara ini juga turut dilakukan kepada pihak perempuan (mangsa).

9. Sihir mati pucuk
Kesan sihir
Syaitan-syaitan jin masuk ke dalam jasad seseorang lelaki dan segera menuju ke pusat ransangan utama iaitu otak. Di situ ia akan bertindak sebagai pengacau di salah satu bahagian utama yang terdapat di dalam otak tersebut yang dikenali sebagai Pusat Ransangan Seks.
Dipusat itulah segala isyarat dan maklumat akan sampai ke bahagian anggota
kelamin seseorang lelaki iaitu zakar.
Apabila suami cuba menggadakan hubungan seks dengan isterinya dengan serta merta syaitan jin akan mematikan suis ransangan Seks yang berpusat di otak itu . Apabila suis dimatikan, segala isyarat dan maklumat yang sedang bertindak balas akan segera terpadam dan
terputus hubungannya dengan zakar. Darah yang sedang berkumpul di dalam zakar segera kembali semula ke pusat masing-masing.
Akhirnya, batang zakar yang pada asalnya menegang keras serta merta terkulai layu, lembik dan mengecut kembali.

10. Sihir mandul
Kesan sihir
Mandul yang dihidapi oleh wanita dan lelaki terbahagi kepada dua :
1. Mandul Anggota Kelamin, Mandul jenis ini perlu mendapatkan rawatan doktor sekiranya ada keupayaan.
2. Mandul Kerana Sihir, Berlaku apabila jin berjaya masuk ke dalam jasad seseorang dan menggangu fungsi anggota kelamin. Rawatan terhadap mandul jenis ini adalah dengan Al Quran, doa-doa serta zikir-zikir yang thabit dari Rasulullah S.A.W.Demikian juga yang dilakukan oleh syaitan jin kepada Kaum wanita. Ia akan mengganggu sistem peranakan dan proses persenyawaan di dalam bahagian Rahim seseorang wanita. Apabila proses persenyawaan telah berjaya, maka kehamilan akan berlaku pada wanita.
Namun begitu selepas beberapa bulan mengandung syaitan jin akan berusaha sedaya upaya memusnahkannya, seterusnya menolak keluar kandungan tersebut. Pendarahan mula berlaku dan meleleh keluar dari rahim wanita, akhirnya membawa kepada keguguran.Didalam riwayat Al Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W. ada menerangkan bahawa syaitan itu sememangnya mampu bergerak pantas di dalam tubuh badan anak-anak Adam itu melalui saluran saluran darah.

Cara memagar diri dari sihir @ ilmu hitam.
Di bawah ini ini di nyatakan cara cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Bacaan ayat ayat hendaklah dengan tertib dan betul tajwidnya.Harap perbetulkan juga sebarang kesilapan teknik
penulisan ayat (tanda dan lain lain) yang mungkin berlaku ketika muka laman ini
direkabentuk.

Pagar Pertama (1)
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:
"Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". Riwayat al Bukhari.

Pagar Kedua (2)
Berwuduk sebelum tidur Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk.
Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.Sabda Rasulullah S.A.W.: Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih
dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'" 
Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

Pagar Ketiga (3)
Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
Muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil luang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W.
telah bersabda : Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan -kawasan hulu yang lidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan.
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.'
Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

Pagar Keempat (4)
Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu.
Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.
Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda:
Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya"
Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Kelima (5)
Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas
Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas.
Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". Riwayat al Bukhari dan Muslim.

Pagar Keenam (6)
Perlindungan ketika hendak mengerjakan solat.
Jubair ibnu Mut'im r.a. pernah mendengar Rasulullah S.A.W. menyebut zikir sebanyak 3 kali.

Pagar Ketujuh (7)
Memagar isteri selepas selesai akad nikah. Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin
sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil
berdoa : Ertinya :"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.

Pagar Kelapan (8)
Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap. Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:
"Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:
"Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu"
Riwayat al Bukhari.
Nota :
Amalan kelapan lapan pagar sihir di atas adalah bersumber maklumat dari kitab karangan Sheikh Wahid Abdul Salam Baliy.