Jika tidak kembali pada Allah...
sayu pula aku dengar lagu Raihan ni.. terasa diri ini terlalu banyak dosa. sesuai dengan lirik lagu Iman Mutiara nie,jika tidak kembali pada Allah
terlalu mengejar dunia sampai terlupa akhirat yang kekal abadi. dah cukup lama aku membiarkan diri aku hanyut dengan duniawi. ya allah betapa hinanya aku di sisi mu.
kalau boleh masa ini di ulang,aku nak jadi seperti baby yg tiada dosa.menghirup udara yg penuh nikmat.aku takkan mengenal apa itu dosa,aku takkan kenal apa itu dunia andai aku masih baby.
tapi siapa lah aku untuk menentukan nasib aku untuk menjadi baby sampai bila2.redha yg aku akan membesar dengan macam2 dugaan hidup.
dari dulu aku selalu tanamkan dalam jiwa jangan malukan diri sendiri,jaga maruah diri,jaga maruah keluarga,hindari meminum arak,elakkan pergi ke tempat maksiat. Alhamdulillah semua itu aku masih dapat teguhkan sehingga hari ini. Biar orang kata aku kekampungan,tapi paling penting aku teguhkan iman untuk hindari benda2 tersebut
cuma aku kerdil kerana terlalu banyak ajaran dan sunnah rasulullah yg aku tak ikuti.terlau banyak kerana leka mengejar dunia. solat 5 waktu aku tak cukup,padahal tak sampai 5 minit untuk mengejarkannya. Ya allah betapa besarnya dosa aku meninggalkan suruhan mu.
"iman adalah mutiara di dalam hati manusia".......
tak dapat nak teruskan kata-kata....bersambung...part 2...:)
No comments:
Post a Comment