Shadow

Shadow
blog simple....blog peribadi remaja....sisa-sisa kehidupan yang bakal diharungi...

Friday, June 03, 2016

Hari Pertama Di Korea


8 November 2015 (KLIA)

5 petang berkumpul di Klia (check in bagasi). kami naik penerbangan Vietnam Airlines (VN674) lebih kurang 2 jam 20 minit dari kul nak ke vietnam. Tukar flight kat vietnam untuk ke Seoul.perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam 15 minit. ini tak termasuk delay,hampir 11 jam  kat airport. tahap kesabaran sentiasa sebab excited nak ke korea.Lagi satu apa yg penting ialah dalam flight kena isi imigresen kad.

9 November 2015 (KOREA)

Around 7 pagi sampai di Incheon Airport. perkara yg perlu di buat ketika sampai di airport ialah isi imigresen kad,masa kat flight flight attendant tak bagi maybe sebab aku tengah tidur kot..huhu..isi dari mana,tempat tinggal kat korea,berapa lama. kad nie nanti serahkan kat imigresen.
 sedikit tips.
-elakkan membawa buah-buahan & air nanti tak pasal2 bagasi korang kena lock.

Selesai kat bahagian imigresen & bagasi,kena beli T-Money (touch n go). beli dan topup sekali.topup dalam 35000 won. Masa balik nanti boleh refund atau beli barang.

Dari Incheon Airport ambil subway terus ke Hongik Universiti Station (tidak payah tukar station). Keluar dari Hongik Universiti Station ambil kanan jalan terus sampai nampak bangunan hyundai. sepanjang jalan tu cuba lihat sebelah kanan nanti nampak BUTIK SPAO. tempat nie Runningman pernah shooting.

Sebelah malam tempat ini memang meriah sebab ada night market.sampai kat Orange Guesthouse, belum boleh check in (3 petang baru boleh check in).

Ketua backpacker (Jalidin Allan) bawa kitorang pergi kat Itaewon(tumpuan pelancong beragama islam) untuk breakfast,lunch & dinner (turun dari kapal tak makan langsung).

 Dari Hongik Universiti ambil Lane 2 ->hapjeong(1stop,lane 6)->Itaewon (8stop)bayaran cuma 1250won.Masa perjalanan dalam 30 minit.

Direction nak ke Itaewon - hongik universiti transfer ke hapjeong.dari hongik ke hapjeong ini cuma 1 station saja. dari hapjeong exit 3-2.dari hapjeong ambil lane 6 untuk ke itaweon.ada 8 stop..kalau tak faham boleh donwload application subway kat google playstore.offline pun boleh guna.

Sampai itaewon kitorang makan kebab. harga around 10000won. ikut set nak yang mahal or murah, dah selesai makan leader bawa kitorang kat Masjid Itaewon. Sebelum balik sempat rembat 1 baju sejuk. harga dalam 10000won..

Gambar nie dari vietnam nak ke korea selepas delay lebih 1 jam.  Sebelah sy lelaki korea bukan jejaka muda tp ahjussi.. haha.berbual dengan dia seperti itik dan ayam.sy kwik kwik dia kokokoko..Finally dua2 ckp ok.

ambil bagasi

Inilah Airport Incheon




Turun dari kapal terbang kena naik train untuk claim bagasi. 

this is hongdae street,kalau siapa2 nak tahu Hongdae banyak penyanyi jalanan. Night Market pun penuh dgn kugiran. So tak hairan lah kalau korea nie di kenali sebab muzik.

.
Ini area Itaewon,on the way nak pergi Masjid Besar Itaewon. Gambar selepas makan kebab.

I jumpa song jihyo...wahhh banner pun banner lah...dua jejaka sebelah sjh nie ahli kumpulan EXO. kedai nie tmpt aku beli barang hantaran.harga not bad.ada murah ada mahal. masa beli noona tu bg free gift toner & facial mask. bagi dekat tunang.

Hadapan masjid besar itaewon.

..
itaewon viewtiful bravo(tambah2 ayat)

Inilah direction subway. huh nampak sangat memeningkan.huhu dah berbulan belajar tp tetap fail.tips hanya 1,ikut warna.setiap lane warna berlainan.

.
Itaewon

Itaewon Night View. (rembat gambar kawan.encik roshaydy minta ye)

tengok kat mana2 ada artis. tak jumpa secara live pun takpe.masuk lah mana kedai baju,kosmetik mesti ada banner,poster artis .

sorry gambar kelam.masa nie tercari2 tandas awam.after 30minit baru jumpa itupun kat dalam restoran bbq. so faham2 lah apa yg di bbq kan tu..
behind me,wajib masuk kalau datang hongdae. SPAO butik,harga plg murah 9000 won. beli baju untuk tunang kat sini lah.(takleh bawak makanan dalam ni nanti kena suruh keluar)
dalam perjalanan dr incheon nak ke hongdae

hongdae night market. org tu tengah buat magik.

Exactly banyak lagi gambar tapi tak larat nak upload. minta maaf sebab menggunakan bahasa rojak dalam blog.tak reti nak guna ayat yg formal.reti tu reti tak entah lah...tulisan humble lg ok kot.

next journey is nami island.




4/6/2016
1.57 am




         






Tuesday, May 24, 2016

Persiapan ke korea

PERSIAPAN KE KOREA


8-13/11/2015



  • INI bajet saya ke sana secara backpacker (dgn kawan)
  • tiket kapal terbang RM1250 menaiki vietnam airlines transit kat ho chi minh, harga nie termasuk  bagasi 30kg,makanan dalam kapal terbang & tempat tinggal kat korea.









  • Tempat penginapan kat ORANGE GUESTHOUSE (HONGDAE)







  • Tukar duit Won dekat Malaysia. Sy tukar Rm1000 dapat 250000 won. Bajet saya untuk shopping kat sana hanya 1K saja.tp 1K tu saya boleh beli barang hantaran untuk pertunangan. 2 minggu selepas pergi korea saya terus bertunang. barang hantaran semua made in korea..hahaha. Special to you my mr.fiance.hope hingga ke pelamin indah.amin.


  • Ubat saya bawa hari itu,ubat sakit perut,panadol 2 biji dan minyak angin. bawa yang tu je.(takda gambar)

  • Makanan bawa maggie cup 3,instant teh tarik (bawa balik ke malaysia,kat sana minum fresh orange hari2 sedap sgt),roti perisa jagung,coklat (yg lain expired tak sempat nak makan),makanan instant bawa 2 tin je.Kat sana tak haus dan tak lapar pun,walaupun banyak berjalan. tengok daun yg berwarna jingga tu pun dah buat tekak ni kenyang)

  • Makanan yg lain serunding (kak rima bagi),ayam masak kari kot kalau tak silap(erien bg hahaha),keropok mamee (akak2 yg periang bagi...) mister potato ( main minta je dgn kawan)

  • TIket Kapal Terbang & Pasport (tamat tempoh september 2020)



  • Baju =1. seluar jeans (3 Helai) 2. Baju Tshirt  4.Sweater  5.Baju Sejuk   6.Long John (beli yg boleh tahan sampai -0,taknak bawak pun xpe.)  7. Stokin 1 helai (kat korea boleh beli lg murah dan pelbagai design) 8.Glove  9.Mafla  10.peralatan mandi   12. Kasut sneaker 1 13.Cermin mata hitam(matahari terik tapi tak panas..angin sepoi2)  14. Botol air  15.Tisu basah .ADD (payung,tiba2 bawa payung tempoh hari takut hujan)

  • Universal Traveler Adaptor (international). pengguna sony tak bawak pun xpe sebab charger kat korea guna 2 pin. 

  • Saya tak bawa bagasi,bawa backpack je.senang nak gerak.SANTAI je..
bagpack 55L

p/s ;handphone sony dekat sana susah nak detect wifi.

next ..firstday kat korea..jumpa SONG JIHYO (runningman)..
a

Saturday, May 21, 2016

Percutian ke Korea Musim Luruh





Assalamualaikum WBT..


Lama tak update blog..dah nak 2 tahun..fuhhh banyak habuk dah..hihhi..ni ter-on balik sebab nak update pengalaman ke korea..huhuhu..
 nak story mory pasal percutian aku ke korea tahun lepas..musim luruh..akhirnya tercapai impian nak korea..yeahhh! kalau dah minat kpop wajib ke korea ok.



LOKASI :KOREA SELATAN / SOUTH KOREA

TARIKH ; 8 NOVEMBER-13 NOVEMBER 2015

MUSIM ; LURUH

SUHU ;5C-11C

PENERBANGAN ; VIETNAM AIRLINES (TRANSIT 1JAM DI HO CHI MINH)

GUESTHOUSE : ORANGE GUESTHOUSE,HONGDAE KOREA

TEMPAT DI LAWATI : ITAEWON,NAMI

ISLAND,MYEONDONG,NAMDAEMUN,DONGDAEMUN,NAMSAN TOWER,HONGDAE




PART1 : PERSEDIAAN KE KOREA 


  • TUKARAN WANG RM KE WON
  • PAKAIAN MUSIM LURUH 
  • UBAT-UBATAN
  • MAKANAN
  • PASPORT
  • TIKET KAPAL TERBANG

to be continue.........................