Shadow

Shadow
blog simple....blog peribadi remaja....sisa-sisa kehidupan yang bakal diharungi...

Thursday, November 28, 2013

boy... i need a money..!

Assalamualaikum wbt..
salam hari jumaat...
penghulu segala hari..


Semoga sihat semuanya. aku nak berkongsi pengalaman aku sebagai seorang yang pernah pinjamkan duit kat orang. 
My sister pernah cakap aku ni terlalu baik sebab pinjamkan duit kat orang. Senang2 kepala kena pijak.nak buat macam mana,aku tak sampai hati tak nak bagi pinjam duit kat orang. 
My prinsip..lagi mulia tangan yang memberi daripada tangan yang menerima...betul kan? kalau si penerima tu nak bayar silakan lah..tapi dalam islam pun ade mengatakan hutang wajib di bayar...

alkisah kalau seorang perempuan  pinjam duit kat seorang lelaki. her tak de family ke sampai nak pinjam kat lelaki yg bukan suami dia..even laki tu hanya boyfriend ehh tak malu ke nak minta tolong kat orang. yang lelaki nie pulak suka-suki minta duit kat awek dia..aihhh dah mcm putera raja nampak...nak duit please hard working... bukan meminta...

pelik dowh.. banyak2 pengalaman yang telah aku lalui,pengalaman di sebab kan duit ni lah aku banyak dapat pengajaran..first sebab duit orang yg kita sayang jadi musuh.second sebab duit keluarga di pinggirkan.third sebab duit kita jadi detective conan menyiasat dimana keberadaan si polan yang berhutang dgn kita..four because duit kita mengeluarkan segala potongan hadis(padahal sebelum ni isu agama tak pernah update kat sosial network)..n bla bla bla...

n sekian terima kasih..masa rehat sudah habis..time untuk sambung kerja......wassalam....

Wednesday, November 20, 2013

Solat Dhuha

Assalamualaikum WBT...

Apa khabar semua? Diharap sihat hendaknya. hari ini nak berkongsi tentang SOLAT DHUHA. My bos selalu pesan agar mengerjakan SOLAT DHUHA. apa maksud SOLAT DHUHA nie?


SOLAT DHUHA
~kunci pintu rezeki
~kunci kejayaan dalam menggapai keberkatan
~kunci untuk sentiasa berasa cukup dalam kehidupan

Solat sunat dhuha nie dikerjakan anggaran dalam pukul 8.00 pagi - 11.00 pagi

Solat sunat dhuha dilakukan sebanyak 2 rakaat. tapi boleh juga dilakukan 4/6/8/10/12 rakaat dan setiap 2 rakaat satu salam atau 4 rakaat satu salam

Cara melakukan solat dhuha :
~Baca niat solat dhuha `sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala`
~Rakaat pertama -Bacaan Surah Al-Fatihah dan surah pendek (yang mudah dibaca)
~Rakaat kedua-Bacaan Surah Al-fatihah dan surah pendek (yang mudah dihafal)

atau boleh ikut panduan di bawah ini:-

image copy

Semoga kita dibawah lindungan Allah SWT.Amin....

Abaikan lagu background blog nie sebab aku memang hantu korea but hanya satu kumpulan sahaja.... :)
SELAMAT BERAMAL SEMUA..



Saturday, November 09, 2013

Mimpi Gigi Patah

Semalam aku mimpi gigi patah. Mimpi ini lah yang buat aku takkan senang duduk sebab petanda mimpi ini kita akan kehilangan seseorang yang kita sayang (kematian)

Tapi ia takkan berlaku dalam masa terdekat. Aku percaya dengan mimpi ini walaupun orang akan kata ini mainan tidur sahaja tapi ini lah hakikatnya. Akan ada kematian kalau aku mimpi gigi aku patah. Dah banyak kali terjadi dalam kehidupan aku.

Aku tak bersedia untuk menerima berita buruk. Bukan aku tak nak terima ketentuan illahi tapi siapa yang tak sedih kalau kehilangan seseorang yang kita sayangi. Semoga aku akan tabah.

Friday, November 08, 2013

"CIK JANGAN LUPA YE"

Minggu nie dah dua kali aku kena tahan polis...
Sebab tak letak sticker kat motor..
Aku tak de masa nak beli sticker-II nie...

Maybe abang polis nie pun dah bosan tgk muka...
Hari ni aku di bagi laluan khas...
Sempat lagi abg polis itu cakap
"cik,jangan lupa letak sticker kat motor. nanti kena tolak mata demerit"

Terima kasih ye abang polis.
nasib lah polis kalau jpj..
memang habis aku kena saman...:(

Nasib masih menyebelahi diri ku... 

Sekarang aku check saman... :)
Kot2 ade saman ke...



tada.......


tiada saman setakat ini..hehehe...

aku nie pengguna jalan raya yang paling berhemah...lalala...tapi letak sticker paling tak berhemah...
kalau tak letak sticker kena tolak 10 Mata demerit..hurmmm habislah.....kalau buat kesalahan lagi kena gantung 6 bulan....

habis aku macam nie.... :(
sila lah beli sticker n tampal kat motor ye cik emma... :) 


aku nak bekongsi maksud sistem kejara..
bagi yang tak amik lesen lagi lah...
jomm










ini lah serba sedikit tentang sistem kejara... :)
 dulu aku time test undang-undang tiga kali kot baru lulus..
yang pertama tak baca buku n penuh yakin akan lulus..last-last dapat 40 markah..perghh 
yang second lagi sakit hati..dah belajar seminggu top2 dapat 41 markah..gila lagi satu markah nak lulus...
yang ketiga aku nekad nak lulus juga... kat tempat kerja pun aku baca buku undang-undang..memang aku berkerja keras untuk lulus...berusaha kalau nak dapatkan sesuatu..pas je aku lulus,aku terus beli motor (hasil titik peluh)..untuk memudahkan perjalanan ke tempat kerja.. :) 
(test ke tiga aku dapat markah 45..terbaik owh....:) nasib baik tak fullmark..)
.

(markah untuk lulus 42)

kebanyakkan soalan kena fikir logik akal..ada satu soalan itu aku masih ingat sampai sekarang.. 
"apa yang akan anda lakukan kalau ternampak kanak-kanak bermain di tengah-tengah jalan di kawasan perumahan"? jawapan aku paling sial lah..adui bekas pakwe n kakak kat tempat kerja aku gelakkan aku je bila dengar jawapan aku. yelah aku jawab "bunyikan hon kereta supaya di dengari oleh kanak-kanak tersebut"..haha macho tak jawapan aku... Sepatutnya jawapan dia "memperlahan kereta n menukar gear rendah"

hahahha..bila aku ingat,adui nak tergelak rasanya....... so kena fikir logik akal..bukan main bantai je..tapi kalau ikutkan betul jawapan aku tu..tapi undang-undang kena ikut lah.ingat orang tak buat ke honkan kereta tu..orang kalau lembu melintas pun kena hon.ni lagi manusia..konfirm lah kena hon....



~PESANAN IKHLAS JADILAH PENGGUNA JALAN RAYA YANG BERHEMAH..BUKAN KITA SEORANG YANG NAK GUNA JALAN NIE...BERJUTA-JUTA OK.!INGAT ORANG TERSAYANG SPECIALLY PARENTS KITA~









Wednesday, November 06, 2013

Highland Tower

Semalam aku menonton cerita Highland Tower. Sebelum ini aku memang ada juga terdengar sepantas kilat tentang kisah seram di sebalik runtuhan bangunan Highland Tower.

Apa lagi hari ini aku pun mencari maklumat tentang Highland Tower.haha dah macam reporter pula..first entry yang masuk mengatakan sebanya 48 orang terbunuh,next entry 43 orang now last entry yang aku google 50 orang yang terbunuh dalam kejadian runtuhan itu.

Mana satu yang betul ini??

"Tragedi Highland Towers merupakan tragedi runtuhan 1 dari 3 blok kondominium di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor, pada 11 Disember 1993. 

Tragedi tersebut adalah satu-satunya tragedi bangunan runtuh yang pertama dan terburuk setelah Malaysia mencapai kemerdekaan. Seramai 48 orang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini. Highland Towers merupakan tiga blok pangsapuri 12 tingkat yang dinamakan Blok 1, Blok 2 dan Blok 3.

Musim tengkujuh di Malaysia iaitu bulan November dan Disember membawa hujan lebat melampau setiap tahun dan boleh menyebabkan banjir , banjir kilat dan tanah runtuh. Blok 1 Highland Towers runtuh selepas hujan yang turun 10 hari berturut-turut menyebabkan gelongsoran tanah selepas tembok penahan tempat meletak kereta kondominium itu runtuh."


Serba sedikit tentang kejadian Highland Tower. Yang memelikkan aku,aku bukan tak percaya cerita ini semua tapi aku tetap berpegang pada yang satu.. Semua itu adalah makhluk Allah sama seperti kita. Kenapa kita sibuk2 mencari hantu???? WHY?? aku sendiri pun tiada jawapan untuk soalan aku nie.. Kena tanya Abang Seekers ini.Hahahahaha...

Semua ini terjadi atas ketentuan Ilahi.......

~








kalau nak tahu apa Highland Tower sila lah google.. aku pun copy n paste pasal cerita ini hahhaa.......



Tuesday, November 05, 2013

Migrain datang kembali

Ketuk kepala dengan tangan! Picit kepala! Letak ais kat atas kepala! Semua dah buat tapi still migrain. Sakitnya, tak boleh fokus nak buat kerja.

Sejak semalam aku kena migrain. Minum panadol sebiji pun masih lagi sakit. Tak tahu nak buat apa lagi. Dengar surah yasin Alhamdulillah dari pukul 4-8 malam aku tertidur. Sakit kepala aku berkurangan.

Tapi hari ini, sakit datang semula. Tak tahu nak buat apa lagi.
Tidur pun sakit,duduk pun sakit,baring pun sakit. Last2 aku google cari penawar untuk migrain. Bad news panadol tak boleh minum time kita sakit kepala. Huh! Dalam badan aku nie dah berjuta2 panadol masuk.Death lama2 aku mcm nie...

Bila dah google tu aku jumpa lah ubat untuk migrain nie........

1-Minum minuman isotonik ( 100 plus)

2-Berbekam ( Sunnah rasulullah)

3-Rendamkan kaki ke dalam air

4-Minum air kelapa ( tengah amalkan sekarang)

So start skg aku akan stop minum panadol yang selama nie menjadi nyawa aku bila sakit tapi sebaliknya boleh membawa maut. Bayangkan lah sebiji panadol tue boleh tahan selama 5tahun dalam badan kita. Aku nie dah berapa banyak aku minum panadol. Ya Tuhan......



Sakit itu penghapus dosa2 kecil.....

Sunday, November 03, 2013

Temuduga Puspakom

Hari ini temuduga dekat Puspakom. Pagi-pagi buta dah bangun, gabra punya pasal. Sebelum ini aku tak pernah gelisah kalau interview tapi kali ni hati tak tentu arah. :(
Sudah lah banyak dugaan yang aku lalui sebelum temuduga ini. Semalam aku basah kuyup semata2 nak print resume.. Orang lain sedap2 dalam rumah tengok bola, aku kat luar basah satu badan.
Itu lah padahnya kalau buat kerja last minute. Bila aku nak berubah ini. Kat office ada printer tak nak print. Hurm... Dah lah tu time balik rumah,ada sorang mamat bawak kereta ni pergh lagi gila,habis aku kena simbah dengan air highway. 
Timbang rasa lah sikit,abang tu bawak kereta aku nie bwk moto. tak de bumbung..!  

Berbalik pada story temuduga 
Time interview tadi ramai juga yang datang,dalam lingkungan 12 orang. Banyak lah persaingan. Minta2 lah dapat.
 
Tapi yang memeranjat time aku kena interview,tak sangka aku kena tanya soalan " apa kelemahan yang ada dalam diri anda ". Dah banyak kali aku kena interview ini first time aku di tanya soalan mcm nie.
 
Terperanjat jangan ckp lah, aku rasa nak keluar je dr bilik tu. Nak mengelak pun memang tak dapat. Ini bukan roadblock. Kalau roadblock confirm2 dah buat U-Turn. Hahaha.
Nak tak nak kena jawabnya.
"Saya malu kalau berdepan dengan orang ramai"... nasib aku tak ckp yang aku tak pandai memasak n takut nak lalu kat highway.....
After this kena prepair betul2 kalau ada interview lagi...Buat persediaan... 
 
 
 
 
 
 

Saturday, November 02, 2013

Bakal Suami

BAKAL SUAMI SAYA...HAHAHA
BOSAN GILER TAK TAHU NAK BUAT APA..
TAK DE KEJE
NIE LAH KEJENYA..
EDIT BLOG MCM HARAM JADAH.....
SAYA TAK TAHU NAK BUAT APA.....
BOSANNYAAAAAA...
SILA LAH TGK GAMBAR BAKAL SUAMI SAYA..
LALALALALA
JANGAN JELES YE..










Ema Santos

Bertuah tak kalau ada lagu guna nama korang.. mesti bertuah kan....Ema Santos?? mesti korang tak pernah dengar kan lagu nie...tapi kalau korang yang bernama Emma mcm aku mesti korang tahu...huhuhu

Susah gler aku mencari lagu nie...dah lah ada 3 video je kat Youtube....tu maknanya lagu nie special...hahah...terima kasih lah KUMPULAN DIAMOND sebab tulis lagu nie.....

lagu nie famous masa aku form 1...time tue memang kembang hidung ar sebab semua panggil emma santos...
bertuah sangat.....hahahaha

siap buat nametag nama Emma Santos....kenangan siot..skg nie bila ingat mcm nak ketawa je..tapi itu lah kenangan zaman sekolah yang tak leh lupa.....

EMMMMMMMAAAAAAAAAAAAAAAAA SAAAAANTOSSSSSSSSSSS..(SANTOS BERMAKSUD SAYANG)

alangkah indahnya kalau aku seperti lirik lagu nie..yang menjadi pertama dalam hati si dia...

jom layan lagu nie..klik....Ema Santos "

Tiada dua atau tiga
Yang ku cintai
Yang ku kasihi

Memekar cinta kita
Yang kau beri
Tak sekali
Indahnya di hati

Segala pengorbanan
Segala titisan
Kan tiada lagi airmata
Yang mengalir lagi

Segala suka duka
Berubah jadi duka
Kerna cinta kita
Pastikan terpisah

Ema (ku sayang)
Dikaulah
Cinta pertama

Ema (ku sayang)
Dikaulah
Segala-galanya

Mungkin ku akan pergi
Tak perlu menyesali
Cinta ini
Tiada penganti

Ketika menyayangi
Ku kau benci
Tak sekali indahnya di hati

~ untung kan ..haha.....bertuah aku..huhu...kalau yang nama Rosalinda fuhh lagi bertuah....
dah lah glamor lagu tue....kahkahkah...












Friday, November 01, 2013

saranghae Eymma

"saya janji saya takkan tinggalkan awak"
"kenapa perlu saya nak cari wanita lain sedangkan awak depan mata saya sekarang ni"
"saya sayang awak"
"saya cintakan awak"
"kalau awak tinggalkan saya lebih baik awak bunuh saya"
"percayalah mereka semua itu hanya kawan saya sahaja"

Beberapa bulan kemudian

"kau ni cemburu sangat kenapa?"
"aku tak de kedit nak msg n call lah"
"aku nak freedom"
"aku tak di kongkong"
"aku rasa ini keputusan terbaik,kita kena berpisah"



lelaki ini memang playboy.....tak pernah aku jumpa lelaki macam dia nie...perempuan keliling pinggang...hebat sangat ke jadi playboy ni? Memang silap aku sebab tak tumbuk muka kau time kita clash dulu..kalau aku tumbuk mesti dah berdarah hidung kau....

jangan salahkan lelaki sebab tinggalkan kita tapi salahkan diri kita sebab tak curang..... erghh muka jantan nie juga yang aku ingat bukan pasal rindu tapi menyesal sebab tak tumbuk muka dia....

kalau di beri satu lagi peluang....
aku nak tumbuk muka jantan nie......
azam tahun baru 2014......hahahhahahahha