Shadow

Shadow
blog simple....blog peribadi remaja....sisa-sisa kehidupan yang bakal diharungi...

Sunday, September 29, 2013

Visit To Korea Episode 1

Percutian ke Korea? satu impian yg bakal tercapai..inshaallah..semoga dipermudahkan segala urusan ke sana.. kalau tak de aral melintang tahun depan time waktu luruh inshaallah kami akan kesana..kami itu termasuklah aku n lagi 2 orang yang akan kesana.. Now ape yang perlu dilakukan ialah saving duit untuk tiket ke korea.. kira percutian nie percutian bajet. so kena lah selalu tengok Airlines yg menawarkan tiket murah ke Korea.. setakat nie tiket ke Korea masih hold lagi untuk flight Airasia Berhad. kalau MalaysiaAirlines pula tak boleh book tiket lagi sebab terlalu awal. Maybe lah sebab aku ada survey tiket tapi untuk balik malaysia tak de tiket kena tunggu 336hari baru return balik malaysia..hurm gile nak duduk lama2 kat korea. kalau duit banyak tak pe jugak..nie duit cukup untuk seminggu :)

perkara pertama yang aku lakukan ialah mencari kwn untuk ke korea.alhamdulillah dah jumpa.. bff aku Erien n lagi sorang anak buah aku..nasib baik dorang nie satu akal ngan aku. so selesai masalah nak g ngan sape..
yang kedua pulak pasal tiket. tapi mcm yang aku katakan kat first perenggan tiket masih hold..! so kena calm down dulu..ada masa lagi nak tambah duit...Huh yg nie paling penting..nak g waktu ape.bukan maksud aku time siang or malam tapi SEASON..yelah korea kan ada 4 musim...

dikaji2 semua musim kat korea...so kami pilih musim LURUH@AUTUMN..jom checkout.. 

MUSIM PANAS @ SUMMER

*Bulan Jun,Julai & Ogos
panas lebih kurang macam malaysia juga..rugi je kan kalau g time nie..baik duduk malaysia je kalau cenggitu....
kadang2  hujan turun time nie ..lebat lah juga..
suhu time nie antara 35darjah C..pergh panas tu wei...mesti ketiak berpeluh2..hahaa


MUSIM LURUH @ AUTUMN

Bulan September,Oktober,November 
masa yang sesuai melawat korea.... :)
suhu dalam 9-19darjah C..sejuk jugakkan...
jangan lupa pakai footware..!
musim ini lah kami plan nak pergi..rata-rata semua blog yang aku tengok..ramai yang kata time nie pemandangan memang cantik..tengok lah warna daun tu..aduhai..berkobar2 hati aku nak g nanti..inshaallah...


MUSIM SEJUK @ WINTER

dalam bulan Disember,Januari & February
first plan nk g time nie tapi tengok tiket memang mahal (check blog) sebab ramai yg akan melancong ke korea time nie sebab nak main salji..
memandangkan bajet tak banyak so kami change..!
suhu time nie memang sejuk average -10darja C..


MUSIM BUNGA @ SPRING

Bulan March,April & Mei
sape yang minat bunga sakura tu buleh lah pergi time nie..
suhu pun sejuk jugak dalam 10darja C..

P/s : semua gambar nie di copy dari internet n isi kandungan semua nie aku search dalam KBS punya website... kalau salah harap diperbetulkan..aku nak ckp pun bukan aku pernah g korea..
minta2 impian ke korea pada Oktober tahun depan akan terlaksana....Amin..


End pasal 4 musim 
next nak buat entry pasal makanan halal
pengangkutan
tempat tinggal
bajet ke korea...... 




Saturday, September 28, 2013

temuduga konstabel wanita

 Assalam.....

dah lama rasanya aku tak buat entry baru..dah 2 minggu agaknya..rindu pula aku nak menaip...tapi nak buat entry pun bukannya blog aku nie banyak follower...tak pelah untuk diri sendiri...
Esok?esok aku kena interview kat IPD sungai buloh..interview jadi WPC atau dalam bahasa melayu konstabel wanita.. aku tak prepair ape2 pun sebab aku tak berapa sihat...

aku redha je ape yang akan berlaku esok..kalau lulus alhamdulillah..kalau gagal? tak pe janji aku dah cuba sedaya upaya aku... dengan keadaan diri yg demam n batuk,aku tak tahu kalau aku dapat harungi semua ini. Mudahan dapat lah.. :) jgn berputus asa sebelum berjuang....wish me luck esok..:)

Saturday, September 21, 2013

dooseob friendship

aura k-pop..lalala....dah masuk dalam jiwa ini...hohohoh..
kalau dulu bukan main anti lagi dengan k-pop...
sekarang nie amik kau emma...
tapi...aku tak taksub sangat ye..layan lagu je..tak de sampai nak beli majalah k-pop atau letak gbr artis k-pop dalam bilik....masih terkawal owh...
first lagu yang aku dengar lagu drpd kumpulan BEAST..lagu fiction..!!!

perghhh patut lah remaja kat luar sane minat k-pop nie sebab comel2 pulak ..huhuhu..kalau comel pun bukan boleh kawen ngan dorang...lalallalal..
yg aku nak kongsi bukan sebab lagu atau kecomelan dorang tapi..tapi PERSAHABATAN...!! first time tgk MV beast nie tertarik dengan keakraban dua ahli kumpulan nie doo yoon n yo seob... nak kata gay memg tak gay tapi wah friendship dorang memg so sweet...

kalau aku ada buddy mcm dorang nie kan best..mesti hari2 aku akan jadi lagi happy...tiada lagi tekanan..















kalau lah...
kalau lah....kalaulah wei...kalaulah wei dia nie jadi buddy aku perghhhhhhhhhhhhhhhhhh
aku akan jatuh cinta padamu .....
and hug hug hug u.......

Thursday, September 19, 2013

나는 당신을 사랑합니다

Assalamualaikum WBT...

dah lama tak masukkan entry baru..rindu pula jari2 aku nie nak mengarang something..SARANGHAE.....
sejak semalam aku tiba2 dilanda demam korea...tak tahu pasal ape...gila meroyan agaknya aku nie..before nie aku memang anti K-POP...sekarang "padanmukaaku" dah terkena aura k-pop...

dalam office dari pagi sampai lah habis kerja..aku layan lagu kumpulan BEAST...kalau layan semua lagu dorang tak pe juga kan boleh diterima akal...nie aku layan satu lagu je..... tajuk lagu tu FICTION..tak jemu2 aku dengar...kira aku dah khatam lagu nie...dah boleh hafal dah step tarian,lirik,n turn sape nyanyi..huhuhu...

betul2 gila aku nie..tak cukup kat office aku layan lagi lagu nie kat rumah...hohoho..memg aku gila..!!! 


FICTION... 


beast..

lirik lagu FICTION..yg buat aku gila seharian suntuk hari nie dan semalam...mungkin esok,tulat n minggu depan...

[DJ] ajik nan neol
itji motago
 modeungeol da mitji motago
ireoke neol bonaeji motago oneuldo
[JH] dasi mandeureobolge uri iyagi kkeutnaji anke aju ginagin
salgacheul pago seumyeodeune
un sangsilgameun jamsi mudeodulge
saero sseo naeryeoga sijageun haengbokhage utgo inneun neowa na
nega nal tteonaji motage baegyeongeun chulguga eomneun jobeun bang an
[GK] amureochi anke nege kiseuhago dalkomhan neoui gyeoteul tteonagajil motae
urin kkeuch
iraneungeon eobseo
[HS] ireoke nan tto (Fiction in Fiction)
itji motago (Fiction in Fiction)
nae gaseum soge kkeutnaji anheul iyagil sseugo isseo
[YS] neol butjabeulge (Fi
ction in Fiction)
nochi anheulge (Fiction in Fiction in Fiction)
kkeutnaji anheun neowa naui iyagi sogeseo oneuldo in Fiction
[GK] jigeum yeogin haengbokhan iyagideulbakke eobseo
neomu haengbokhan uri dulmanui iyagiga ireoke (hyeonsilgwaneun dareuge)
sseo isseo jeomjeom
chaewojigo isseo
[HS] neoneun naege
ro dallyeowaseo angigo
pum ane angin neoreul naneun jeoldae nochi motae
urin kkeuchiraneungeon eobseo
[DW] ireoke nan tto (Fiction in Fiction)
kkeunchi motago (Fiction in Fiction)
nae gaseum soge kkeutnaji an
heul iyagil sseugo isseo
[YS] neol butjabeulge (Fiction in Fiction)
nochi anheulge (Fiction in Fiction in Fiction)
kkeutnaji anheun neowa naui iyagi sogeseo oneuldo in Fiction
[YS]dasi han beon deo m
alhajiman
jigeum neoneun nae yeope itdago geureoke mitgo isseo nan
([DW] hajiman Fiction)
[JH] nan mokjeogeul irheobeorin jakga i soseorui
kkeuteun eotteoke mamuri jieoya hae
saranghae saranghae saranghae saranghae saranghae i se geuljaman
sseo naeryeoga mudyeojin pen nunmullo eollukjin nalgeun jongi wiro
haengbokhal sudo seulpeul sudo eobseo i iyagineun
[DJ] jigeum nan neomunado haengbokhan saenggage iyagireul sseujiman
modeunge baramil ppunirago yeojeonhi
[DW] nan haengbokhangeol (Fiction in Fiction in Fiction)
[HS] uri hamkkeingeol (Fiction in Fiction in Fiction)
[DW] ije sijagingeol (Fiction in Fiction in Fiction)
[YS] kkeuteun eomneungeol (Fiction in Fiction in Fiction)

tak cukup lagi tu..aku g cari pulak dahhhhhh biodata...aku minat yg nama yoseob..rambut perang tu...aku hanya cari kalau dia ade buat pembedahan plastik or tak... korean nie bukan semua muka tulen..banyak yg plastik...

search punya search aku jumpa lah benda yg aku cari...


rupanya buat pembedahan plastik pulak si Yoseob nie..aduhai..ingatkan original muka dia memg mcm nie.....hampehhhh!!!...

nk bagi tgk muka2 dia yg cun melecun nie...









perghh ini kalau jadi suami hahahhahahhaa....tak keluar bilik jwbnya..hohohohoho....

n now aku layan movie dorang pulak...pergh gila aku tak de keje lain ke...haha.. 


selamat berk-pop.....


Sunday, September 15, 2013

ipd shah alam

saya dari IPD? ahhh dalam otak aku buat salah ape nie?dah lah pegawai dari ipd seksyen 9 yg call. rupanya pegawai yang kendalikan kes aku yang call..seram sejuk aku d buatnya.dah lah aku nie banyak kali langgar lampu isyarat.....tapi tak mungkin pasal lampu isyarat.....
selalunya abg ipar aku yg selalu buat call mcm nie sebab tu aku ingatkan abg ipar aku yg call...ke hot fm yg kenakan aku..nasib baik aku tak ckp " ini panggilan hangit kan"..kalau tak memang malu gler ar aku..haha

lega........ terima kasih Inspektor sebab mengambil feedback...nak mention about ape tak boleh lah.....
sini aku nak perbetulkan lah pandangan orang luar yg tak suka polis nie.rata2 yg tak suka polis nie adalah penjenayah.!! yg suka langgar peraturan jalan raya..yg suka melakukan kerja2 haram..sebab tu dorang benci polis..

before nie aku pun tak suka polis sebab aku melakukan kesalahan lalu lintas so bila dah kena saman,mula lah tak suka polis. tapi cuba bayangkan kalau polis tak de macam mana nak banteras jenayah kat malaysia nie... sape yang nak settlekan semua aduan kita? siapa yang nak jaga keselamatan negara kita?kena fikir semua nie wahai rakyat malaysia..............

mcm ispektor tadi tu,kesian juga aku,sbab bukan kes aku sorang je yg dia settlekan tapi berpuluh2 lagi.tahu tak?polis kadang2 berkerja 24jam tau semata2 nak settlekan semua aduan. mcm inspektor tadi hari ni kena bertugas 24jam..kita??hari nie confirm bercuti kan?

hargailah polis......
tanpa polis negara tak aman...
selamat bertugas wahai abang2 polis....

Wednesday, September 11, 2013

Dia penipu sebenarnya part 5

Muka Surat Ke 5
Penulis : Eymma Amannda Syafiq
Original Writing 2013
"Dia Penipu Sebenarnya"



Selepas menerima surat ugutan itu ,saban hari hidup aku tidak tenang.Terasa nyawa dihujung tanduk,setiap hari aku susah nak lelapkan mata,ketakutan menghantui diri. Aku tak buat report polis sebab aku rasakan orang yang buat benda ini orang yang mengenali aku dan syafiq. Siapa lah yang nak menghancurkan hubungan aku dengan syafiq nie. Nak kata aku bermusuhan dengan orang lain memang tak da pun.

Tiga bulan kemudian....................

Surat ugutan telah aku lupakan,kini aku ditimpah masalah lagi.Syafiq kenapa kau berubah?Sebelum ini kau tak pernah lukakan hati aku.Sejak akhir2 ini aku selalu kena marah sebab katanya aku terlalu cemburu dan dia juga terlalu mengongkong hidup aku. Salah ke kalau aku berkawan dengan kawan dia? bukannya aku nak mengorat pun.

Aku siap kena warning jangan berhubung dengan kawan dia.

(tak dapat nak diteruskan sebab kena tunggu apa yang akan terjadi...sebab ini adalah kisah benar..hahahha)
dah ada ending baru aku leh continue cerita nie.....

terima kasih siapa yang sudi membaca...

mimpi bekas kekasih

Assalamualaikum WBT

Apa maksudnya bila kita termimpikan bekas kekasih kita? Angin tiada ribut tiada tup tup termimpikan 'X' kita. Semalam aku pun termimpikan bekas kekasih aku.

cepat-cepat lah aku google apa makna mimpi aku nie? Sekadar tafsiran sahaja lah,kata orang mimpi ini mainan tidur. Makna tersirat mimpi ini ialah beerti si pemimpi sebenarnya masih ragu-ragu dak kurang yakin dengan perhubungan yang terjalin diantara dia dengan pasangannya sekarang ini.Itu kalau dah ada pasangan,kalau tiada pasangan pula,bererti ada sesuatu yang menganggu fikiran anda dan ia berkait rapat dengan rutin hariannya.

wallahualam..ini hanya tafsiran mimpi sahaja. mungkin ini memberi pengajaran kepada kita supaya lebih berhati-hati dalam menjalinkan hubungan. Jangan mudah menyerahkan segalanya atau berkorban untuk pasangan yang belum tentu halal disisi agama.

sekurang-kurangnya bila termimpikan 'X' kita nie bermakna rindu kita telah terubat.hahaha.dapat mimpi pun jadilah.

tadaaaa...

kematian...


Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.
3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.
1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasanubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.
Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan

copy and paste blog: ohislam.com...

Tuesday, September 10, 2013

budak baru belajar

*abang aku masih belajar kat UITM
*abang aku balik setiap pukul 10.00PM
*abang aku berkerja
*abang aku bercuti 2minggu sebab bini dia nak bersalin
*kami jumpa abang dia kat restoran makanan,tak rupa mcm student pun
*abang dia ada anak seorang umur 1 tahun 4 bulan
*abang aku balik kelantan naik flight
*abang aku bertolak dari shah alam pukul 1pagi sampai 9pagi keesokkannya DENGAN MENAIKI FLIGHT..
*AKU DAH BENGANG SEBAB KAU TIPU AKU WAHAI SAHABAT..!!!!

nak kencing aku agak2 lah wei..ingat aku nie budak tadika ke ape.....!! huh!!! mula2 kau terkantoi aku diamkan je sebab aku ni bukan jenis suka malukan kawan sendiri...! aku akan terus menjaga hati kawan aku walaupun kantoi tipu aku...

tapi aku tak leh terima bila kau kata abang kau naik flight ke kelantan selama 9jam..woooo kau tak tahu ke flight ke kelantan tu just 45minit...nak kencing aku agak2 lah wei..aku nie bekas flight attendant..atau dalam bahasa melayu pramugari...aiyooo..kenapa lah kau kencing aku wei..kesian kau wei..malu sendiri..

mula2 kata pelajar..pastu ada bini..pastu bekerja jadi cikgu....arghhhh.... kau btl2 kaki kencing wei... ya ampun! hari ni kau kata abang kau bagi belanja Rm300.00 untuk seminggu? maybe lah kot..nie aku rase kau tak kencing aku..mcm mane aku nak kawan dengan kau nie..aihhh

semalam ajak aku g pasar malam..ingatkan kau tahu jalan..aku juga yang bersusah payah call membe aku tanya jalan..ingat aku nie pro sgt ke jalan kat shah alam nie...dah tu banyak bunyi pulak...beruntung lah aku bagi naik moto aku..ingat moto aku nie semua orang boleh naik ke...aku dah ckp moto aku tak de bakul nak letak barang..kau nak membebel juga kenapa???? ehhh feedup betul aku ..siap panggil aku mangkuk hanyun lah pulak...adoi kurang ajar betul minah nie..nak kena sound..

stop..! aku dah malas nak layan kau..kau makan lah sorang2 nanti...bila ada kawan kau tak hargai...sekarang kau takde kawan suka hati kau lah......

p/s : berhati-hati berkwn

stop cry


  • stop cry bila kau rasa diri kau diperbodohkan..sebab orang yg buat kau diperbodohkan itulah yang bodoh sebenarnya
  • stop cry bila kau kehilangan sesuatu yang kau sayang..sebab benda yang kau sayang itu akan ditukar dengan benda yang lagi kau sayangi suatu hari nanti
  • stop cry bila kau rasa lemas dengan sikap kawan-kawan yang cuba untuk menjatuhkan kau..sebab orang yang menjatuhkan kau nie kau harus jadikan inspirasi kerana kau bisa bangkit setelah jatuh tanpa sokongan dari mereka
  • stop cry bila kau putus cinta..sebab putus cinta ini lah buat kau makin bersemangat untuk hidup
  • stop cry bila kau rasa kau tak cantik seperti orang lain..sebab kecantikkan itu bukan terletak pada paras rupa tapi pada hati yang mulia
  • stop cry bila kau tersesat dalam hutan..sebab tiada guna kau menangis kerana matahari dan sungai akan membantu kau untuk mencari jalan keluar
  • stop cry bila kau kena marah dengan BOS/MAJIKAN sebab mereka pun manusia juga..just smile..semuanya akan kembali normal
  • stop cry bila kau mengalami kekurangan wang..banyakkan sedekah..inshaallah rezeki kita makin bertambah.
  • stop cry bila ditimpah masalah.. berdoa kepada Allah..
  • TAPI JANGAN BERHENTI MENANGIS BILA SETIAP HARI KITA BERGELOMBANG DENGAN DOSA..INGATLAH PINTU TAUBAT SENTIASA TERBUKA UNTUK UMATNYA..TAKBIR..ALLAHUAKHBAR!!!

shah alam->port dickson->melaka dalam masa sehari..

honeymoon..no lah..percutian LOL..

percaya tak dalam masa sehari aku boleh pergi ke dua negeri..hohoho..dengan menaiki moto..moto aku nie memg berjasa..ILOVEU....muahhhhh..... nak share percutian aku selama sehari.....

jemput tengok-ii ye.....


yg nie kat depan Hard Rock Cafe Melaka..tak masuk pun..dapat gbr kat luar pun jadilah...tmpt nie dekat ngan sungai..taktahu sungai ape..dah lupa name...tp memg cantik ar...


ehemm...ehemmm..ehemm.....


cendol durian..yummy..memang sedap harga dia dalam rm4.00.. memg mabelessssss...sekali makan pasni nak lagi..



laki tu bodyguard aku..hoho merangkap driver aku..kahkahkah(sewel)


cenderahati from melaka... :)


kapal nie lah yg aku naik masa nak balik kampung hari tu..tiba2 terdampar kat sini pulak....cantikkan?


ehem..brad pitt n angelina jolie


no parking? tapi ade je yg parking situ....


perhatikan kasut aku..


welcome to Melaka.....sempat lagi berhenti semata2 nak snap signboard nie...


perhatikan kasut aku....perhatikan tau...antara semua dlm gbr nie kasut aku paling menyerlah..kasut mahal tu...NIKE ok.hahha..beli kat Al-ikhsan...


beca..beca.... sekali naik Rm20.00 siap dengan lagu..dah lah volume kuat gila..rasanya satu melaka boleh dengar..hehe


taming sari.....


huhhhh aku nak cete pasal buliding kat belakang aku nie..... Nama building nie Stadhuys..aku ingat lagi masa aku darjah 5..subjek kajian tempatan ada bab tentang building nie...aku dah berangan2 nak g kat sini...sebab bangunan nie juga menyelamatkan budak2 kelas aku dari kena denda oleh cikgu kajian tempatan tu..haha nasib baik aku dpt jwb time kena soal tu..hahah..budak2 kelas aku semua slow kalau bab sejarah....sebab tu lah aku jadi harapan kalau ada perbincangan atau kuiz..mesti semua nak meniru kat aku..hahaha...NOw umur aku 24 tahun aku dah berjaya jejakkan kaki ke bangunan nie..cikgu kena tengok nie..anak murid mu yg bijaksana nie hahah..(panjang lebar pulak aku berceloteh)


tunggu turn nak naik Taming Sari............tak gayat pun..sebab aku duduk barisan paling tengah..


nasihat aku tk perlu lah ke luar negara untuk bercuti..malaysia pun ok mah......\menjimatkan kos lagi.....

SAYANGI MALAYSIA....1 MALAYSIA... :)


Monday, September 09, 2013

salah atau tidak

Assalamualaikum WBT...

*my lovely sudah balik ke luar negara..lagi 2 tahun baru jumpa... semoga jodoh bersama kita..AMIN

*tapi aku tetap bengang..pasal ape aku bengang? patut ke rakan kita duk msg2 pakwe kita? memang korang tu tak pernah jumpa..tapi hang dah tahu dia tu pakwe aku kenapa hang nak sibuk2 juga..walaupun dia tu belum lagi jadi suami aku tapi hang jgn lah nak kacau daun.adoi stress aku dibuatnya.
Macam lah tak de laki lain kat dunia nie.  ramai kot.. kau nak aku tolong pilihkan pun xpe... nahh amik nie...list untuk kau jadikan pakwe..janji jgn kacau pakwe orang..





amacam okey tak?
*geleng kepala*

yg nie confirm kau nak kan??????


or yg nie...tak kurang cunnye..



pilih lah nak yg mane..nnti aku tolong ushakan..

janji jgn rampas yg ini 


Aku tak kisah kalau setakat nak msg2 nie tapi kalau dah sampai nak buruk2kan aku..memg aku tak leh terima lah..hang tu sape? bukannya hang tu aku kenal betul..hang pun tak berapa kenal aku tapi hang buat2 cete pasal aku kat dia tu kenapa.....!!! aku rasa mcm nak cili je mulut hang nie.....


nak ke kena cili??

kalau tak nak baik hang diam2 lah.....tak bek nak buruk2kan aku..tak de faedah pun..hang nak bagi aku amal ibadah hang ke?

sila lah angkat kaki.....

terima kasih kerana sudi membaca....




Friday, September 06, 2013

No copy and no google

Assalamualaikum...Selamat berhujung minggu..

dengar,lihat,rasakan.........

Isi kandung dalam blog nie semuanya TULEN dan semuanya adalah idea sendiri melainkan gambar yang pelik2 dan ade beberapa ayat atau hadis yang di copy dari laman sosial....tapi  semua cerita dalam nie semua pernah terjadi dalam kehidupan aku terutama bab cinta,hutang,kerjaya,kehidupan seharian,penulisan cerita, semua itu adalah hasil dari jari2 dan otak aku yang berfikir dan menaip.NO GOOGLE..!!

so jangan nak merendahkan kreabiliti aku,klau nak jeles pasal aku boleh buat cerita.ini anugerah dari Allah. jangan ingat kamu sorang je yang pandai kat dunia nie.ada lagi yg lebih pandai dari kamu.! ingatlah Allah bagi kita kelebihan,gunakanlah kelebihan yang kita ada.

kalau tahu nak complain,tahu nak merendahkan kemahiran orang ada buang masa je lah buat macam tu.kamu takkan dapat ape2 lah kawanku.kalau tak boleh terima ada saingan duduk kat planet pluto lah. senang kan ! benda kecil boleh settle.

macam masalah kita sekarang nie,kau tak boleh terima aku boleh buat cerita.benda boleh settle.kamu buat lah cerita pasal kamu. apa susah !!!!! huhhh nie yg nak memekak nie tengahari mcm nie......

tapi orang mcm kamu nie aku anggap penakut sebab takut ada persaingan.! bersaing lah cara  sihat baru lah gentle girl namanya....perkara kecil pun boleh jadi masalah.jangan sebab perkara kecil nie hilang kawan.Jangan jadi mcm aku dengan seorang hamba nie..sebab politik bertukar jadi lawan.

dunia ni aman sebenarnya tapi manusia nie yang membuatkan dunia tak aman.....! dah alang2 terlanjur menaip nie.nak kongsi lah cara menyelesaikan masalah. tapi semua nie adalah hasil pemerhatian aku n yang pernah terjadi kat aku.sebelum aku post aku dah cuba dulu.....so no google.!!!!pak google digunakan kalau ade benda yang aku tak tahu hahhah



MASALAH 

  1. PUTUS CINTA
-masalah paling banyak berlaku kat dunia nie..jalan penyelesaian dia mudah saja.tapi orang ambil ringan benda nie. bila putus cinta mula lah bunuh diri.makan tak lalu,mandi tak basah,makan tak kenyang.berkurung dalam bilik,jumpa bomoh.INI SEMUA POYO! jgn buat mcm nie.ni bukan jalan penyelesaian tapi jalan kearah keseksaan batin.jalan penyelesaian mudah saja.terima dengan hati terbuka,senyum,ambil wudhuk dan bersolatlah.nampak mudah tapi orang tak pernah buat.jalan yang menuju kesedihan tu lah yg dibuat.memg susah nak melupakan cinta tapi dah tak de jodoh kita nak buat mcm mane? just cool,relak...inshaallah kita boleh lupakn dia.minta doa kat allah.. :)

2. KAWAN

-kawan senang mudah dicari.kawan time susah hurm haram ada yang selalu disisi kita.kawan mcm nie tak payah ada dalam kamus hidup kita.buang lah jauh2.selagi ade keluarga,luahkan masalah kepada keluarga.terutamanya mak ayah kita.dorang lagi kenal sape kita.dorang yg melahirkan kita. so fikirlah mana yg terbaik.bagi aku,aku lagi utamakn family aku. BAK KATA AKU...kawan yang hilang boleh diganti tapi MAK AYAH tak boleh diganti..

3. KERJAYA

-masalah nie pun bukan main lagi menghantui kehidupan kita. macam2 masalah kan kalau melibatkan tempat kerja.tak pyh taip panjang2 . nak settle masalah nie cukup mudah.petik jari je. BERHENTI KERJA. yelah kalau dah mcm2 mslh kat tmpt tu buat ape nak seksakan tenaga kat situ lagi.cari kerja lain yg buat kita happy n selesa.

aku cakap mcm senang je kan nak selesaikan masalah nie tapi aku berani jamin kalau korang ikut semua nie,memang korang akan happy.settle masalah korang. langkah seterusnya  kena cari sendiri lah.sebab aku tak tahu ape tindakan korang seterusnya. tapi bagi aku berdoa kepada Allah cara paling mujarab untuk selesaikan masalah...

Selamat mencuba kawan2 semua :)

Thursday, September 05, 2013

Benci Bilang Cinta

jangan benci bilang cinta...
jangan marah bilang sayang
jangan mendustai hati
bila engkau memang suka

jangan kau berasa jauh
bila kau dekat dengan ku
jangan kau mengganggap cinta
mudah datang
mudah pergi

semalam tak sangka jumpa seseorang yang teramat2 aku benci..mula-mula sayang,kemudian benci,akhirnya sayang kembali...betul lah kata orang,orang yang kita benci tu akan kita sayang.dunia-dunia.
dunia adil dan tak adil.

boleh ke lupakan benda yang dia buat kat kita? semudah itukah syaitan menghasut fikiran aku? Astagfirullah aladzim. nak tak nak kena lah menghadapi semua nie. sekarang baru aku sedar,aku kena jadi seorang yang pemaaf.memaafkan semua salah orang yang pernah buat salah kat aku. ape guna nak berdendam kan? bukan dapat ape-ape,just buat minda kita serabut.

Pemendam jadi Pendendam.
sakit rasanya bila jadi pendendam nie.kita memendam segala dendam dilubuk hati tanpa dilepaskan.aku rasa perlu ada sifat lupa.sebab bila kita ada sifat pelupa automatik dendam itu kita lupakan.tak lah dendam yang di simpan itu memakan diri sendiri. Satu nikmat yang tuhan bagi. aihhh baru aku perasan..setiap kekurangan itu ade kelebihan masing2.setiap kelebihan ade kekurangannya.kenapa aku makin genius nie.hahahhaha.. :)



hapuskan dendam kita semua kawan-ii



jadilah seorang yang pemaaf..



pemaaf dan melupakan semuanya..inshaallah hidup kita aman dan tenang..


p/s : selamat beramal semua dan salam jumaat

Wednesday, September 04, 2013

bukan impian ku..

assalamualaikum wbt..

Masih kecoh lagi pasal harga minyak naik? bukan tak nak ambil tahu.tapi entah lah,bersyukur je Malaysia masih selamat.betul kan?

Pramugari@ dalam bahasa orang putih Flight Attendant ataupun Cabin Crew? Senang ke keje nie? bagi orang yang tak pernah memang lah nampak best,sebab boleh travel tapi bagi yang dah pernah/tengah berkerja sebagai kabin krew nie. Kerjanya bukan senang mcm yang korang bayangkan.

Aku pernah berkerja sebagai pramugari Airasia since Januari 2011 berapa haribulan tu aku tak ingat . Yang aku ingat selepas seminggu bf aku sambung belajar kat oversea aku terus dapat surat tawaran nie. hahaha. Mula-mula tak sangka juga aku dapat surat dari agen nie. hahaha bukan cantik mana pun aku nie.



surat yang nie lah dari agen Transair kalau tak silap. dapat surat nie je aku terus g interview. time interview tu. jgn ingat aku pakai skirt pendek.seksi sana seksi sini.haha tak denya.sebab aku tak mengharap yang aku akan dapat. yelah aku nie cantik pun tak.time interview tu kat Hotel 3 bintang kat Kota Kinabalu.tak ingat hotel ape sebab dah lame sangat kan. aku just pakai blouse,seluar slack n kasut tak bertumit.

rasenya aku yang paling alim kot time tu,rata2 yang datang semua pkai skirt.huhuhu. sesi pertama interview semua perserta kena lengkapkan borang.borang tu dalam bahasa bi tau.dah lah bi aku nie cukup2 makan.nak gune google translate memang makin broken lah jwbnya. dah siap isi semua,peserta kena panggil sorang2.tapi dalam sesi nie tak perlu cakap bi.cuma perkenalkan diri n latar belakang kerjaya kita.

sesi kedua sebelah petang pulak,time ni berat badan n ketinggian dikira.tak ingat berapa ukuran yang ditetapkan.apa yang pasti aku lepas time tu.aku lebih 2inci.hahha.tak sangka aku tinggi jugak kan.tapi sayangnya aku tak terpilih masa ujian komunikasi sebab aku fail BI.hahah selamat tinggal lah jwbnye.time tu tak sedih mana pun sebab aku tak mengharap pun aku akan dapat. TAPI..ADA TAPI.. agen nie boleh masukkan aku sebab ada lah sedara aku kerja kat dalam nie.

ingat free ke? aku kena bayar rm400.sebab ambil ujian. kira masuk akademik airasia.kalau korang pernah tengok awan dania.lebih kurang macam tu lah.tapi kelas dia tak mencabar sangat. dah settle bayar rm400 untuk agen.masuk lah aku jadi pramugari airasia.

pertama sekali,kena belajar cakap BI.ada kelas,medical checkup untuk mata dan telinga.
untuk jadi pramugari kalau hang rabun n pekak.minta maaf lah confirm kena reject. nasib baik aku tak lagi rabun time tu.telinga pun sound ok.
macam-macam lah kena ajar,contohnya time emergency kita kena teriak EMERGENCY EMERGENCY,SILA TUNDUK DAN IKUT LALUAN PINTU KECEMASAN.lebih kurang mcm nie lah bunyinya.tapi kena buat banyak kali sampai Madam tu puas hati. 

antara tanggungjawab cabin crew macam kat LINK nie.tengok sendiri mls nak taip


first flight aku ke filipina.aku dapat yang oversea punya.seminggu aku training ke filipina.tapi flight kota kinabalu ke filipina lah.memang best gler,tugas aku time ni cuma menyediakan makanan untuk passenger n membuat announcement untuk penumpang.tapi cakap orang putih ok.hahha tak delah sampai terbelit2 lidah.sebab ade kertas disediakan.i means teks ucapan.

selepas itu aku kena tukar flight ke medan,indonesia.yang nie paling lama. 3bulan aku kena hantar kat sini. best memang best tapi kepenatan tu adui tak tau nak kata mcm mana.bagi yang dah biasa naik kapal mesti nak cepat sampai kat destinasi.yang nie aku baru rasa yang aku dah ade tanda2 mata aku rabun,telinga aku dah mcm nak pekak2 sikit. ingat penerbangan semua nie terbang 1 kaki dari aras tanah ke? berkaki222222222 tau.semakin tinggi penerbangan tu semakin tekanan udara dalam kapal tu rendah. 

lagi satu time nak landing....................perkara aku paling tak suka bukan sebab aku penakut.tapi masa nie lah udara akan terkumpul dalam telinga kita.sakitnya Ya allah tuhan je yang tuhan. pesanan aku,kalau yang first time naik kapal tu sila lah kunyah chewing gum supaya udara tak terkumpul kat telinga. takut korang jadi pekak pulak. n kalau boleh jangan pilih tempat duduk kat belakang dan yang dekat sayap sebab dua tempat nie sangat bising.n kalau time landing memg rasa gegaran yang kuat.

dah 6 bulan aku flight,memang aku dah tak tahan sebab aku tak leh dengar ape passenger nak ckp.bukan tak dengar semua tapi masalah kesakitan yang aku rase nie memang sakit sangat.takkan aku nak kunyah chewing gum memang kena tatatertib lah jwbnye.prestasi memang down gler ,dengan rest yang tak cukup.kalau aku flight sebab pagi tak pe.tapi nie hari2 aku kena flight malam.pastu nak layan pakwe aku yang kat oversea tu memg aku tak cukup rehat.

dalam bulan 9 or 10 mcm tu kot aku resign  salah satunya....???. aku kontrak 1 tahun 6 bulan.tapi aku kerja dalam 10bulan lah mcm tue termasuk 3 bulan sebagi guest service. ada lagi 8/9 bulan kan. dalam tempoh nie kalau aku tak masuk kerja pun xpe tapi aku cuma bayar pampasan je sebab langgar kontrak.tapi aku tak bayar pun sebab agen ni masih simpan aku untuk kerja dengan dorang lagi.sebab agen nie pun akan kaut keuntungan dari gaji aku.tapi tak banyak pun dlam 2% sahaja.sebab tu sekrang nie aku masih dapat lagi surat tawaran kerja kat mana2 syarikat penerbangan. ikut agen nie memang senang nak dapat kerja tapi tu lah kena bayar lah kat dorang.

lepas aku minta tukar department lain. aku kena masuk kurus juga tau.ingat senang2 ke? kalau tak silap time nie aku amik kursus ticketing.sebab aku kena ada basic dalam jual beli tiket nie.tapi aku dapat bahagian GS.
3 bulan aku kat bahagian GS/guest service..jaga kaunter..lagi senang dol.kerja bagi boarding pass je kat passenger tapi gaji tak masyuk lah mcam pramugari.lagi satu susah nak dapat cuti hehehheheehehhhhhehehhehheheh.gelak jahat hohohoohoooh.

aku bukan diberhentikan kerja tapi dalam erti kata yang lain aku resign sendiri sebab aku tak leh nak move on dengan situasi mcm nie..!

lagi satu salah satu faktor sebab aku berhenti ialah masalah JET LAG? huh ape tu..mesti korang tak tahu kan......
JET LAG sebuah gangguan sementara yang menyebabkan kelelahan ,insomnia, dan gejalan lain.ini terjadi akibat dari perjalanan yang jauh.maksud aku perjalanan merentasi zon waktu yang cepat.kalau yang tak berapa faham boleh google. bahaya kalau kena JET LAG nie,antaranya boleh mengakibatkan hilang memory,sembelit,sakit kepala yang teramat sgt,apa lagi ek..aku pun dah tak ingat.tapi jet lag nie boleh mengakibatkan kematian......google lah senang k...




tak edit nie original k.. :)